Skip to content

Kita Kongsi

Bersama Kongsi Manfaat

Cara Aktifkan Kad Debit Bank Untuk Transaksi Luar Negara

Posted on March 17, 2021March 18, 2021 By admin 1 Comment on Cara Aktifkan Kad Debit Bank Untuk Transaksi Luar Negara

 

Anda mahu membuat transaksi secara online tapi malangnya tidak berjaya.

Kemudian anda terima msg seperti ini:

You Debit Card is not activated for overseas trxns. Pls activate overseas trxns via M2U/ATM or call 1-300-88-6688/603-78443696.

Ini bermaksud kad anda tidak aktif untuk transaksi online ke luar negara.

Dalam post ini kita lihat langkah untuk aktifkan kad debit dengan mudah.

  1. Prosedur pengaktifan kad debit
  2. Cara tambah had penggunaan harian kad bank anda

Lepas aktifkan bolehlah anda guna untuk tujuan transaksi online dalam dan luar negara.

Pengaktifan ini membolehkan kad bank anda boleh digunakan diluar negara.

Langkah pengaktifan 

LANGKAH 1 Log masuk ke dalam akaun bank anda

log masuk ke akaun maybank2u anda

LANGKAH 2: Klik pada menu “SETTINGS”/”SERVICES”

LANGKAH 3:

MAYBANK: Klik  “CARDS-Overseas Debit Card Activation”

CIMB: Klik “Overseas Spends & Withdrawal”

menu cards maybank2u
                                     Paparan menggunakan desktop

Skrol sedikit kebawah untuk melihat bahagian ini.

Image from Maybank 2U
                                       Paparan mobile Pengguna Maybank2u

 

                         Pengguna CIMB

LANGKAH 4: “ENABLE” kan kad anda/”Change Status to”

MAYBANK: Klik pada switch untuk tukarkan status kad daripada ‘Disable’ kepada ‘Enable’ Tentukan tarikh aktif untuk kad anda

CIMB: Pilih untuk Change Status to dan ada 3 pilihan iaitu Permanent, Temporary atau Deactivated.

enable debit card

debit card effective date
                                                Pengguna Maybank2u

 

                             Pengguna CIMB

Tentukan tarikh aktif untuk kad anda. Had masa maksimum kad debit anda aktif bagi fungsi transaksi online / luar negara ini adalah setahun bagi pengguna Maybank2u.

Selepas habis tempoh berikut, anda kena aktifkan semula fungsi tersebut.

Klik pada butang ‘ACTIVATE‘ untuk meneruskan.

LANGKAH 5: Pengesahan TAC

Klik pada request for TAC.

Anda akan menerima nombor TAC melalui mesej yang dikirimkan ke handphone anda.

Masukkan no TAC tersebut dan tekan Confirm.

LANGKAH 6: Tahniah! Kad anda sudah aktif

Selesai pengesahan bermakna kad debit anda sudah aktif dan sedia digunakan untuk transaksi online dalam dan luar negara.

Kad masih tidak boleh digunakan?

Anda sudah mengikuti langkah diatas tapi kad masih tidak boleh digunakan?

Pertama sekali, mungkin anda kena lihat had transaksi kad anda.

Mungkin harga barangan lebih daripada had transaksi.

Selain itu, dalam sesetengah kes anda kena juga call pihak bank untuk pengaktifan.

2. Jika anda perlu call pihak bank untuk tujuan pengaktifan sediakan maklumat seperti berikut:

  • Nombor debit card anda( ada tertera di kad ATM anda)
  • Nama anda seperti dalam IC
  • Nombor IC anda
  • Nombor akaun bank
  • No telefon yang didaftarkan dengan bank

Mudah sahaja. Tak perlu ke kaunter pun boleh buat. Tak sampai 2 minit dah siap.

Kongsikan jika bermanfaat untuk orang lain juga. 

Uncategorized

Comment (1) on “Cara Aktifkan Kad Debit Bank Untuk Transaksi Luar Negara”

  1. A WordPress Commenter says:
    March 17, 2021 at 8:15 am

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives

  • March 2021

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Recent Posts

  • Cara Aktifkan Kad Debit Bank Untuk Transaksi Luar Negara

Recent Comments

  • A WordPress Commenter on Cara Aktifkan Kad Debit Bank Untuk Transaksi Luar Negara

Pautan Laman

  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma

Copyright © 2021 Kita Kongsi.

Powered by PressBook WordPress theme