Cara Untuk Homeschool Anak Di Rumah

Cara Untuk Homeschool Anak Di Rumah

Cara untuk homeschool anak di rumah atau dalam kata lainnya kaedah pembelajaran di rumah oleh ibu bapa merupakan suatu topik yang hangat diperkatakan kini. Tambahan lagi berikutan kes pandemik Covid-19 yang melanda negara seluruh dunia. Rata- rata masyarakat amat bimbang akan keselamatan anak mereka di sekolah walaupun langkah pencegahan telah diambil oleh pihak berwajib. Namun pastilah situasi ini terlalu kekok bagi mereka yang tidak biasa dengan kaedah pembelajaran di rumah terutama bagi kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak sentiasa memerlukan pemerhatian dan pantauan dari yang lebih dewasa.

Tidak dapat dinafikan walau apa jua kaedah yang dipilih oleh ibu bapa pastinya mempunyai baik dan buruknya yang tersendiri. tidak kira sama ada memilih untuk mengajarkan anak sendiri di rumah ( home schooling) atau menghantar anak-anak di institusi pendidikan kerajaan mahupun swasta. Namun kadang kala keadaan juga menghadkan pilihan yang ada untuk ibu bapa dalam memilih kaedah terbaik bagi anak-anak. Sebagai contoh seperti dalam musim pandemik ini. Maka pilihan home schooling anak-anak adalah kaedah yang paling terbaik dan sesuai dalam memastikan pendidikan anak-anak dan keselamatan mereka lebih terpelihara.

Cara Untuk Homeschool Anak Di Rumah

Mungkin ada dalam kalangan kita tidak tahu pun apakah itu kaedah pembelajaran di rumah. Malahan ramai yang buntu apa yang harus dibuat bersama anak-anak bila melibatkan aktiviti pembelajaran anak-anak. Disini kami kongsikan apakah sebenarnya konsep home schooling itu dan bagaimanakah cara yang termudah bagi mereka yang baru ingin memulakan kaedah pembelajaran di rumah ini.

Konsep Homeschool

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh 28 Jun 2003,  secara dasarnya  Home Schooling  merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukannya dimana golongan ini mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh ibu bapa/ pihak penjaga. Namun demikian, ia hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak. Kanak-kanak diutamakan mengikuti sesi persekolahan seperti biasa kerana kepentingan sosial mereka dimana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah membolehkan mereka berinteraksi di antara satu sama lain.

Dasar ini dibentuk oleh pihak KPM adalah dengan bertujuan untuk:

  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan yang kronik dan memerlukan penjagaan yang rapi oleh ibu bapa/ penjaga untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
  2. Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
  3. Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak sepanjang tempoh pendidikan wajib.

Kelebihan Homeschool

Tak dapat dinafikan , homeschool juga mempunyai banyak manfaatnya yang tak dapat diperoleh di institusi pendidikan formal. Antara kelebihan yang mungkin dapat kami senaraikan adalah seperti berikut:

  •  Kebebasan dari segi pendidikan, fizikal dan emosi

Kelebihan dari segi kebebasan ini diberi sebulat suara oleh rata-rata mereka yang mengamalkan homeschooling. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan jadual waktu, cuti sekolah, silibus/tugasan pengajaran yang membebankan. Mereka bebas memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah malah boleh dilaksanakan juga diluar kawasan. Mereka juga boleh mengikuti pace mereka sendiri kerana setiap individu itu kadar penerimaan berbeza bukan.

  • Konteks Kepandaian pelbagai (multiple intellegence) lebih dihargai.

Faktor terbesar yang membolehkan ini berlaku adalah kerana bilangan nisbah pelajar-tenaga pengajar adalah sedikit, maka mereka ini dapatlah kita fokuskan secara individu atau dalam kata lainnya pendekatan satu kepada satu (1:1). Pendekatan yang dapat digunakan ini pastilah sangat membantu kanak-kanak dalam mendapatkan potensi diri yang optimun. Kelebihan ini pasti sukar diperoleh jika berada dalam institusi pendidikan formal yang mempunyai nisbah bilangan guru-pelajar yang lebih ramai.

  • Tidak membosankan dan tiada tekanan

Pastilah bila kaedah ini digunakan, mereka ini tidak terikat dengan pilihan exam oriented dalam mencapai sesuatu target pencapaian. Maka tekanan pastilah dapat dikurangkan dan ini menjadikan pembelajaran mereka lebih seronok. Ibu bapa bebas merangka aktiviti yang sesuai dengan minat anak-anak dan kadar penerimaan mereka dan itu pastinya menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

  • Persekitaran yang selamat

Mengapa homeschooling dikatakan lebih selamat? Ini adalah kerana anak-anak lebih terhindar dari gejala buli, vandalisme atau pengaruh tidak baik dari rakan sebaya. Jika ini berlaku akan merendahkan keyakinan anak-anak itu sendiri. Dari segi kadar jangkitan penyakit juga dapat dikurangkan. Namun begitu perlu diingatkan untuk ibu bapa menjaga persekitaran di rumah agar sentiasa mempunyai positif vibe dalam diri anak-anak. Contoh gangguan yang mungkin boleh menggugat positif vibe anak-anak dirumah adalah penggunaan screen time atau internet yang berlebihan.

  • Hubungan kekeluargaan yang lebih rapat

Ini pastinya perkara yang didambakan oleh ibu bapa yang selama ini sangat terhad masa bersama anak. Iyalah jika dilihat pada masa sekarang, dari anak celik mata bangun tido sehingga hampir malam baru pulang ke rumah dek kerana kepadatan aktiviti di sekolah. Jadi bila sudah balik ke rumah, anak- anak juga sudah keletihan mahu berehat dan tidur. Jadi masa bersama ibu bapa juga tiada dan perhubungan dirasakan semakin renggang.

Cara Melaksanakan Homeschool

Tidak perlu kurikulum

Penyediaan kurikulum tidak perlu terlalu rigid kerana anda tidak terikat dengan mana-mana institusi. Namun begitu jika anda memerlukan sedikit panduan, bolehlah membuat carian di mana-mana laman yang menyediakan silibus kurikulum dan melakukan pengubahsuaian mengikut keselesaan dan kesesuaian keluarga anda. Anda boleh mengubahnya mengikut kreativiti masa dan bahan yang ada dan sesuai dengan keadaan persekitaran. Oleh itu, kerangka kurikulum juga boleh dibuat berdasarkan minat dan kepintaran mengikut kecenderungan anak.

Jadikan aktiviti pembelajaran di rumah sebagai rutin.

Lakukan sesuatu perkara sebagai rutin. Lakukan apa saja yang sesuai dan perlu untuk anda di rumah dan amalkan secara konsisten. Antara kelebihan melakukan aktivti rutin adalah mereka akan lebih   Ini menunjukkan sesuatu perkara akan menemui kejayaan jika dibuat dengan penuh disiplin dan konsistens.

Bahan bantu mengajar yang sesuai

Ini adalah penting untuk menjayakan sesuatu pembelajaran. Namun begitu diingatkan juga bukanlah iannya menjadi perkara wajib untuk menjadikan homeschooling itu boleh berlaku dengan baik kerana anda juga boleh menggunakan benda sedia ada untuk digunakan.

Selain itu juga para ibu bapa boleh lah mendapatkan sokongan dan pandangan dari mereka yang mengamalkan dan memilih kaedah homeschool ini untuk bertukar buah fikiran dan sebagainya terutama tentang sukatan pelajaran. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memasukkan kaedah pembelajaran dirumah ini. Namun pada musim sekarang yang tidak mendapat pilihan yang banyak, mahu atau tidak, ibu bapa perlulah mempunyai serba sedikit ilmu dalam mendidik anak-anak di rumah.

Apa jua pendekatan  yang dilakukan, ini semua haruslah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara juga iaitu kemenjadian murid itu sebagai satu kemestian dan bukan pilihan. Tips berguna untuk ibu bapa yang ingin kami kongsikan disini adalah, rendahkan jangkaan anda dalam mendidik anak-anak dan nikmati prosesnya. Jangan hanya ingin melihat hasilnya dengan mengabaikan proses berlakunya sesuatu pendidikan dalam diri anak-anak.

Semoga apa yang dikongsikan disini dapat membantu para ibu bapa dalam mendidik anak-anak di rumah. Sebarkan kebaikan, lebarkan sayap pengetahuan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*