5 Cara Cipta Ruang Pejabat Dirumah

Cara cipta ruang kerja
ruang kerja berkonsepkan moden bersebelahan tingkap besar.

5 cara cipta ruang pejabat dirumah adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan pada artikel kali ini. Ditambah lagi dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ramai antara kita sudah mula terbiasa dan selesa untuk bekerja dari rumah.

Jadi adalah penting untuk kita mendapatkan ruang kerja yang selesa semasa dirumah. Ini dapat membantu kita untuk lebih fokus bekerja dan bersemangat sentiasa. Kami kongsikan sedikit antara kelebihan yang dapat anda nikmati dengan bekerja dari rumah:

  • Fleksibel masa dan ruang
  • Persekitaran ruang yang lebih tenang dan santai
  • Tak perlu menghadap kesesakan lalu lintas
  • Keseimbangan yang baik antara tugasan rumah dan pejabat

Namun begitu, perlu diingatkan suasana bekerja dari rumah dan pejabat adalah sangat berbeza. Antara perbezaan ketara yang mewujudkan keadaan ini adalah dari segi persekitaran.

Bagi yang bekerja dari rumah, mereka lebih terdedah kepada pelbagai gangguan persekitaran. Ini termasuklah bunyi bising, kerenah anak-anak atau keadaan sekitar yang kurang selesa.

Ini boleh mengganggu fokus dan mood untuk bekerja dengan lebih baik dan cekap. Semua itu akan menyebabkan seseorang berasa tidak seronok untuk bekerja dari rumah.

Oleh itu, disini kami kongsikan kepada anda 5 cara cipta ruang pejabat dirumah. Diharap dengan mengikuti perkongsian kami dapat membantu mereka diluar sana untuk bekerja dari rumah dengan lebih baik dan seronok.

ruang pejabat dirumah
Ruang Pejabat Berkonsepkan Minimalis

5 Cara Cipta Ruang Pejabat Dirumah

Ruang yang dijadikan tempat untuk bekerja dari rumah semestinya memberikan inspirasi kepada pengguna. Tidak kisah dimana saja dalam ruang rumah anda, ianya haruslah memanfaatkan sepenuhnya ruang tersebut.

Ruangan kerja yang selesa dan nyaman akan memberikan mood gembira  dan produktiviti yang tinggi kepada penggunanya. Kerana itu pentingnya membina ruang kerja dari rumah ini dengan baik. Perkara asas yang perlu diberi penekanan dalam menyediakan ruangan kerja dirumah haruslah diteliti. Antaranya ialah:

  • Pilihan tempat
  • Warna dinding
  • Perabot
Cara cipta ruang kerja
Ruang kerja berkonsepkan moden bersebelahan tingkap besar.

Pilihan Tempat Bagi Pejabat Dirumah

Sebolehnya dapatkan ruang kerja yang berdekatan dengan tingkap atau ruangan lebih terbuka. Antara kepentingan untuk mendapatkan tempat kerja dibahagian ini adalah kerana:

  1.  Sistem pengudaraan yang lebih baik dan segar
  2. Tidak cepat mengantuk dan bosan
  3. Mendapatkan sumber pencahayaan lebih baik tanpa memerlukan lampu atau pencahayaan ekstra
  4. Meningkatkan daya kreativiti

Anda juga boleh menimbangkan pilihan tempat pejabat dirumah yang terpisah dari ruang keluarga dan ruang tidur. Sebagai contoh, anda boleh memilih ruangan berhampiran ruang tamu atau balkoni rumah yang jarang dilewati.

Ini tentunya bertujuan supaya anda boleh lebih fokus dan  berdisiplin dalam memisahkan waktu untuk bekerja dengan waktu untuk melakukan aktiviti lainnya misalnya beristirehat. Hindari kerja secara multitasking. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa multitasking sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mental ketika bekerja dan mengganggu hasil akhir.

Namun begitu, pilihan tempat ruang pejabat dirumah ini boleh disesuaikan mengikut keperluan jenis pekerjaan anda.

ruang kerja di rumah
Meja pejabat bersebelahan ruang rehat
ruang kerja meja bulat
Ruangan kerja di bilik makan

Warna Dinding Cipta Ruang Pejabat Dirumah

Pemilihan warna dinding pejabat dirumah semestinya mempengaruhi motivasi anda untuk bekerja dari rumah. Jadi pilihlah warna-warna kegemaran anda. Atau anda boleh menggunakan warna-warna semulajadi yang membangkitkan keghairahan untuk bekerja dengan lebih keras dan fokus. Selain boleh menambahkan gaya pada ruangan kerja anda. Minimakan pemilihan warna anda agar tidak terlalu sarat. Ingat kata kunci ini “Less is more”.

dinding ruang kerja

Pemilihan Perabot Pejabat Dirumah

Perabot adalah salah satu pelaburan dalam mewujudkan ruang kerja di rumah, jadi pastikan anda memilih kualiti terbaik dan sesuai dengan keperluan anda. Pilih kerusi dengan bantal yang selesa dan tidak membuat punggung anda sakit. Sesuaikan ketinggian meja supaya selesa dan pastikan anda tidak meletakkan terlalu banyak barang di bawah meja sehingga kaki anda berasa santai.

Anda mungkin ingin melihat senarai perabot/barangan sesuai yang diperlukan untuk ruang pejabat dirumah. Anda boleh menekan link pada senarai berikut :

ruang kerja dirumah
Perabot dan barangan perlu pejabat

Untuk elakkan dari membuang masa dengan mencari peralatan/dokumen kerja, sediakan rak atau simpanan yang boleh menjadikan kerja lebih teratur. Anda mungkin boleh mendapatkan inspirasi perabot dan peralatan kerja di rumah di website IKEA ini

Seperti yang sudah anda ketahui, ruang kerja di rumah tidak semestinya besar. Pada asasnya, anda hanya memerlukan satu meja dan kerusi. Namun, anda harus memperuntukkan ruang dengan cekap. Contohnya, jangan letakkan peralatan yang tidak diperlukan di meja anda kerana ia akan menimbulkan kesan tidak kemas dan mengganggu suasana kerja anda. Letakkan alat tulis, telefon dan komputer riba atau komputer di meja anda.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*