Buat Pasu Guna Botol Terpakai- Jom buat DIY

Bahan untuk buat pasu dari botol
Botol plastik siap diisi dengan tanah untuk menanam tanaman atau sayur-sayuran di dalamnya

Buat Pasu Guna Botol Terpakai merupakan satu idea yang menarik. Jom kita tengok kebaikan menggunakan bahan terbuang ini dalam mendekorasikan halaman rumah anda.

  1. Menjimatkan penggunaan bahan mentah
  2. Menjimatkan/menambah wang pendapatan anda
  3. Mengurangkan penghasilan sampah domestik
  4. Menjaga keseimbangan alam sekitar
  5. Menambah kreativiti
pasu karton telur
Bunga dalam karton telur

Disini kami kongsikan idea dalam menjadikan botol terbuang/ kitar semula yang ada dirumah anda kepada sesuatu yang menarik. Sebagai contoh tayar lama, botol-botol yang tidak lagi digunakan kepada sesuatu yang berguna dan cantik seperti pasu bunga. Ianya bukan saja mengelakkan pembaziran malahan menjadikannya kepada sesuatu yang berfungsi.

Langkah-langkah Buat Pasu Guna Botol Terpakai

Langkah untuk menjadikan botol kitar semula anda kepada sesuatu yang berguna amat mudah. Dibawah kami terangkan langkah asas dalam menjadikan botol pasu bunga anda.

1. Sediakan Bahan Dan Tempat Kerja Anda

Sediakan ruang kerja anda. Anda boleh lapikkan alas atau surat khabar supaya  ruang kerja terlindung dari tumpahan cat. Anda juga mungkin memerlukan beberapa alatan berikut untuk membuat pasu bunga dari botol terbuang:

  • Botol terpakai (sudah dibersihkan dan dikeringkan)
  • Cat Acrylic
  • Pita pelekat
  • Tanah
  • Penebuk lubang
  • Penyodok

    Bahan untuk buat pasu dari botol
    Botol plastik untuk menanam tanaman atau sayur-sayuran di dalamnya

2. Potong botol kepada 2 bahagian

Anda boleh memotong botol mengikut bentuk yang anda mahukan samada secara menegak atau melintang. Gunakan kertas pasir untuk membuang tajam-tajam yang ada dihujung potongan tadi.

3. Catkan dan Biarkan Kering

Anda boleh mengecat botol anda menggunakan cat arcrylic atau apa-apa jenis cat yang sesuai. Warnakan mengikut kreativiti sendiri. Anda boleh gunakan pita pelekat untuk melakukan corak-corak geometri. Pastikan cat anda kering sekurang-kurangnya 2 jam sebelum memulakan penanaman pokok.

4. Tebuk Lubang dan Gantungkan Tali

Anda boleh gunakan penebuk lubang pada botol anda dan memasukkan tali untuk gantungkannya, Jangan lupa untuk membuat lubang dibawah botol bagi saliran air keluar.

Antara tips yang boleh anda gunakan jika mempunyai halaman rumah yang terhad adalah dengan penggunaan pasu gantung. Dengan cara ini anda dapat memaksimakan ruang halaman rumah yang ada.

Pasu dari botol kitar semula
Pasu bunga tergantung

5. Penanaman Semula

Lakukan penanaman semula pokok anda. Boleh letakkan sedikit tanah khas bagi pasu untuk menggalakkan persekitaran tanah yang lebih subur kepada pokok anda.

Botol plastik yang diisi tanah untuk menanam sayur

Idea Buat Pasu Guna Botol Terpakai

Disini kami kongsikan juga idea-idea untuk merekabentuk pasu menggunakan botol terpakai. Anda juga boleh merujuk video tutorial untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagi DIY pasu dari botol plastik atau DIY pasu dari botol kaca

diy pasu dari bahan kitar semula
Pertanian balkoni dengan peralatan diy yang dikitar semula

 

pasu dari bahan kitar
Botol bunga plastik digantung pada dinding

 

Self watering pot
Botol plastik yang digunakan untuk penanaman pokok dapat menyelamatkan alam sekitar

 

buat pasu dari botol kaca
Tumbuhan hijau dalam pasu dari mentol kaca

Sentuhan Kreativiti Membuat Pasu Guna Botol Kitar Semula

Dengan berbekalkan sedikit sentuhan seni dan inspirasi, anda mampu menukarkan sesuatu barangan terbuang kepada yang lebih bernilai dan berfungsi. Selain dari dapat menjana ekonomi dan menjaga alam sekitar. Projek DIY ini mungkin boleh dijadikan hobi baru bagi anda dirumah.

Anda boleh tanam pokok rose jepun, pokok sekulen dan pokok jenis menjalar. Tumbuhan jenis sayuran juga sesuai dijadikan tanaman di dalam pasu botol terpakai ini

Semoga perkongsian kami tentang Buat Pasu Guna Botol Terpakai ini mendatangkan manfaat kepada anda semua dalam mengisi masa lapang atau sebagai hobi baru.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*