
Cara Aktifkan Kad Debit Bank Untuk Transaksi Luar Negara sangat penting bagi kita terutama yang kerap kali membuat urusan antara negara. Disini kami kongsikan antara permasalahan yang timbul dalam kalangan pengguna bank yang perlu kita ketahui.
Anda mahu membuat transaksi secara online tapi malangnya tidak berjaya.
Kemudian anda terima mesej seperti ini:
You Debit Card is not activated for overseas trxns. Pls activate overseas trxns via M2U/ATM or call 1-300-88-6688/603-78443696.
Ini bermaksud kad anda tidak aktif untuk transaksi online ke luar negara.
Dalam post ini kita lihat langkah untuk aktifkan kad debit dengan mudah.
- Prosedur pengaktifan kad debit
- Cara tambah had penggunaan harian kad bank anda
Lepas aktifkan bolehlah anda guna untuk tujuan transaksi online dalam dan luar negara.
Pengaktifan ini membolehkan kad bank anda boleh digunakan diluar negara.
Langkah pengaktifan
LANGKAH 1 Log masuk ke dalam akaun bank anda
LANGKAH 2: Klik pada menu “SETTINGS”/”SERVICES”
LANGKAH 3:
MAYBANK: Klik “CARDS-Overseas Debit Card Activation”
CIMB: Klik “Overseas Spends & Withdrawal”

Skrol sedikit kebawah untuk melihat bahagian ini.


LANGKAH 4: “ENABLE” kan kad anda/”Change Status to”
MAYBANK: Klik pada switch untuk tukarkan status kad daripada ‘Disable’ kepada ‘Enable’ Tentukan tarikh aktif untuk kad anda
CIMB: Pilih untuk Change Status to dan ada 3 pilihan iaitu Permanent, Temporary atau Deactivated.


Tentukan tarikh aktif untuk kad anda. Had masa maksimum kad debit anda aktif bagi fungsi transaksi online / luar negara ini adalah setahun bagi pengguna Maybank2u.
Selepas habis tempoh berikut, anda kena aktifkan semula fungsi tersebut.
Klik pada butang ‘ACTIVATE‘ untuk meneruskan.
LANGKAH 5: Pengesahan TAC
Klik pada request for TAC.
Anda akan menerima nombor TAC melalui mesej yang dikirimkan ke handphone anda.
Masukkan no TAC tersebut dan tekan Confirm.
LANGKAH 6: Tahniah! Kad anda sudah aktif
Selesai pengesahan bermakna kad debit anda sudah aktif dan sedia digunakan untuk transaksi online dalam dan luar negara.
Kad masih tidak boleh digunakan?
Anda sudah mengikuti langkah diatas tapi kad masih tidak boleh digunakan?
Pertama sekali, mungkin anda kena lihat had transaksi kad anda.
Mungkin harga barangan lebih daripada had transaksi.
Selain itu, dalam sesetengah kes anda kena juga call pihak bank untuk pengaktifan.
2. Jika anda perlu call pihak bank untuk tujuan pengaktifan sediakan maklumat seperti berikut:
- Nombor debit card anda( ada tertera di kad ATM anda)
- Nama anda seperti dalam IC
- Nombor IC anda
- Nombor akaun bank
- No telefon yang didaftarkan dengan bank
Mudah sahaja. Tak perlu ke kaunter pun boleh buat. Tak sampai 2 minit dah siap.
Kongsikan jika bermanfaat untuk orang lain juga.
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.