Cara Betulkan Pintu Sliding- Jom DIY Mudah dan Jimat

Cara Betulkan Pintu Sliding

Cara Betulkan Pintu Sliding. Pasti ramai antara kita menghadapi masalah pintu sliding bila dah lama guna bukan? Perkara yang kerap berlaku kepada kita samada pada pintu sliding utama, tingkap sliding ataupun pintu sliding almari pakaian. Antara penyebab mengapa terjadinya masalah ini adalah:

  1. Skru pada pintu longgar
  2. Habuk/sampah dibahagian rel
  3. Roller rosak

Cara Betulkan Pintu Sliding

Pintu sliding ini memang menjadikan rumah kelihatan luas dan moden. Cuma masalah ini akan terjadi apabila sliding itu sudah kerap digunakan. Lagi-lagi yang ada anak kecil suka main buka tutup sliding kan.

Jangan susah hati kalau masalah ini terjadi. Sebenarnya mudah saja nak selesaikan. Anda hanya perlu kenalpasti masalah pada sliding anda dan cuba cara yang kami kongsikan nanti dibawah.

Cara Betulkan Pintu Sliding

Setelah dikenalpasti masalah pada pintu atau tingkap sliding anda, anda bolehlah menggantikan alatan yang rosak dengan yang baru. Atau boleh juga nak ubahsuai mengikut kegunaan nanti. Kelebihannya tidak perlu susah-susah nak cari orang baiki. Dalam masa sama memang menjimatkan kos. Kos upah pun sudah mencecah RM100-RM200.

1) Skru Pada Sliding Longgar

Antara masalah paling biasa yang terjadi pada pintu atau tingkap sliding adalah skru longgar. Jadi bila pintu atau tingkap sliding anda mula bermasalah, semak dulu bahagian skrunya.

Anda hanya perlu ketatkan atau longgarkan sedikit skru bahagian bawahnya. Skru bahagian bawah inilah yang mengawal bola penggelek (roller).

Cara betulkan pintu sliding

2) Habuk/ Sampah Pada Rel

Pertama sekali untuk bersihkan rel sliding, keluarkan pintu/tingkap dari rel. Kemudian cuci rel sebersihnya. Antara penyebab pintu/tingkap anda tersekat juga disebabkan oleh sampah,habuk-habuk yang berada di bahagian roller. Jadi tarikan atau tolakan pintu dan tingkap sliding tidak bergerak dengan lancar.

Penyelenggaraan boleh dibuat 2 kali setahun atau bila keadaan memerlukan. Anda boleh juga rujuk link video dibawah untuk proses mengeluarkan dan memasukkan pintu sliding: Cara Bersihkan Rel Sliding 

3) Roller/penggelek

Biasanya kalau roda penggelek sliding dah rosak atau bearing pecah, anda akan dapati slidingnya ketat, susah nak tolak tarik ataupun stuck terus. Jadi bolehlah DIY sendiri untuk tukar roda penggeleknya. Anda boleh beli roda penggelek di mana-mana kedai hardware atau online je. Di Lazada dan Shopee ada banyak pilihan.

Tips: Bila nak beli roda penggelek, pastikan anda beli mengikut saiz. Saiz roda penggelek bagi tingkap lain dengan pintu. Beli 2 set untuk roda depan dan belakang.

 Cara Ganti Roda Penggelek (Roller)

1) Longgarkan skru (bahagian bawah) dibahagian tepi frame untuk keluarkan pintu dari rel. .Ada dua kedudukan skru:

  • Skru bahagian atas: Memegang frame pintu
  • Skru bahagian bawah: mengawal kedudukan roda penggelek

baiki sliding diy

Pusing arah lawan jam (naikkan roller dari landasan). Dengan itu, pintu anda akan turun kebawah. Ruang yang sedikit ini membolehkan anda menarik keluar pintu sliding dengan lebih mudah.

2) Cabut pintu dari rel (track) sliding. Hati-hati supaya pintu kaca tak pecah.

Cara Betulkan Pintu Sliding

3) Cabut skru (bahagian atas) untuk mengeluarkan roda penggelek

Cabut skru atas untuk keluarkan roda penggelek

4) Gantikan roller lama dengan yang baru. Kemudian pasang semula pintu sliding sepertimana anda membukanya.

5) Selaraskan kedudukan roda penggelek dengan memutarkan skru (bahagian bawah) samada anda mahu kedudukannya keatas (arah lawan jam) atau kebawah (arah jam). Laraskan sehingga pintu sliding anda dapat bergerak dengan lancar dan mudah.

Tips: Jika pintu anda tidak bergerak, kemungkinan roller anda terlalu tinggi (pusing skru arah jam). Jika pintu anda tidak stabil, kemungkinan roda penggelek anda terlalu rendah (pusing skru arah lawan jam).

Jika anda masih kurang jelas, bolehlah menonton klip video dibawah berkenaan cara betulkan pintu sliding.

Diharapkan dengan perkongsian kami hari ini dapat membantu anda menyelenggara sendiri pintu dan tingkap sliding. Anda mempunyai pengalaman dalam cara betulkan pintu sliding rumah anda? Kongsikan dengan kami pengalaman anda.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*