Cara DIY Kolam ikan Kanvas-Mudah Saja

DIY kolam ikan kanvas

DIY Kolam Ikan Canvas adalah topik pada artikel kali ini. Kami akan berkongsi tentang cara bagaimana untuk anda membuat kolam ikan menggunakan kanvas. Ianya mudah, murah dan boleh dialih alih.

Pembuatan kolam menggunakan kanvas ini makin popular kerana ianya murah, mudah dan praktikal. Sudah ramai antara kita menjadikan penternakan ikan air tawar didalam kolam ikan kanvas ini sebagai hobi. Contoh ikan air tawar yang popular adalah ikan talapia dan ikan keli.

Terdapat banyak pilihan bagi kolam ikan air tawar ini. Antaranya seperti :

  1. kolam kanvas
  2. kolam simen
  3. kolam polytank (tangki air hitam)
  4. kolam tanah

Namun pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara DIY kolam ikan guna canvas. Pilihan yang mudah dan murah.

Persediaan DIY Kolam Ikan Kanvas

Sebelum memulakan kerja-kerja membuat kolam kanvas, anda seharusnya tahu saiz ukuran kolam yang diinginkan. Bagi kolam berukuran 10 kaki (panjang) x 4 kaki (lebar) x 4 kaki (tinggi), kos bagi kanvas tidak lebih daripada RM300.00. Beli yang dah siap ukur dan customize lagi kemas dan senang. Boleh dapatkan kanvas dekat shopee saja.

diy kolam ikan kanvas
Kanvas untuk kolam ikan

Bagi rangka/frame kolam ikan, boleh bina guna paip PVC atau besi biru. Jadi perlu sediakan frame/rangka kolam dulu. Jika gunakan paip PVC disarankan guna saiiz 2 inci untuk lebih stabil.

Bahan/ Alatan Untuk DIY Kolam ikan Kanvas:

Bagi yang ingin membuat rangka guna paip PVC, boleh gunakan :

  • Paip PVC 2 inci
  • Paip T connector
  • Paip Elbow
  • Cutter paip

Saiz boleh guna ikut saiz kolam yang diinginkan. Kemudian perlu juga sediakan sistem penapis air yang baik. Ini kerana ikan air tawar tidak sesuai dengan air berklorin dan perlukan air yang bersih serta oksigen yang mencukupi.

Langkah Membina Rangka Kolam

Dalam membina rangka kolam, perlu dipastikan rangka dibina dengan baik, kukuh dan stabil sebelum kerja-kerja pemasangan kanvas dilakukan. Nanti dah pasang kanvas, susah pulak nk betul rangka/frame kolam. Bila rangka sudah siap barulah boleh dipasangkan kanvas. Pastikan tiada kebocoran pada kanvas.

Cara DIY Kolam ikan Kanvas

  1. Buat rangka kolam ikan. Boleh guna PVC, kayu atau besi.
  2. Setelah rangka siap, pasangkan kanvas ( beli yang dah siap segi empat). Ikat kanvas dengan tali pada rangka kolam. Pastikan mempunyai saluran air keluar (tujuan untuk cuci kolam ikan nanti)
  3. Pasangkan sistem penapis air/ pam air pada kolam ikan.
  4. Isikan air. Cuci kolam sebelum masukkan ikan ternakan.
  5. Kolam ikan dah pun siap. Bolehlah masukkan ikan ternakan anda.
Diy Kolam ikan kanvas
Contoh Kolam Ikan Kanvas

Video Pemasangan Kolam Ikan Kanvas

Video ini menunjukkan pemasangan kolam kanvas kerana sudah menggunakan rangka besi yang dah siap. Hanya pasang playwood dan ikat kanvas menggunakan tali saja. Lebih mudah namun kos yang lebih besar diperlukan.

Yang ni pula video bagi pembuatan kolam guna rangka/frame paip PVC bagi 7×7 kaki.

Bagi mereka yang baru ingin memulakan penternakan ikan air tawar ini, anda boleh memulakannya dengan saiz kolam yang lebih kecil dahulu. Sistem saliran air yang ringkas namun praktikal. Ini kerana sistem saliran ini akan menentukan kualiti air dan menjadi faktor kesihatan pada ikan ternakan anda.

Anda mempunyai pengalaman dalam pembuatan dan pemasangan kolam ikan? Boleh kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Selain daripada DIY ini, anda juga mungkin boleh belajar berkenaan dengan cara Buat Pasu Guna Botol Terpakai- Jom buat DIY , ianya mudah sahaja.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*