Cara DIY Walk in Wardrobe- Jom Bina Sendiri, Lebih Jimat

diy walk in wardrobe
Konsep walk in wardrobe terbuka

Cara DIY walk in wardrobe memang dicari-cari oleh mereka yang mahu mendapatkan almari baju yang sesuai dengan saiz bilik. Selain dari ciri almari yang dapat memuatkan barangan keperluan pengguna. Tapi apakah istimewanya almari dalam terbina ini? kami senaraikan keistimewaannya dibawah:

  1. Almari mengikut ukuran ruang/bentuk bilik. Ini dapat dilakukan kerana ukuran almari baju jenis built-in dibina mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan.
  2. Tempat penyimpan pelbagai barangan. Ini termasuklah bag, toto, tilam, bantal dan barangan besar yg lain. Barangan ini biasanya dapat disimpan di ruangan atas (top unit). Penggunaan top unit digunakan untuk menyimpan barangan yang jarang dipakai.
    diy walk in wardrobe
    Walk in wardrobe dengan ruang lebih besar

     

  3. Tiada pembaziran ruang. Ruang dapat digunakan secara maksimum. Tambahan pula, almari akan ditempah khas mengikut keperluan. Sebagai contoh bahagian penyangkut baju dan laci.
  4. Mengelak perangkap habuk. Disebabkan almari jenis ini dipasang rapat hingga ke syiling,ini dapat menghalang habuk berada dirungan atas yang sukar dicapai untuk mengemas. Oleh itu rumah anda sentiasa kemas dan bersih.

    diy walk in wardrobe
    reka bentuk lebih bebas
  5. Digayakan mengikut fungsi ruang dengan tepat. Ini menjadikan rekaan dalaman rumah anda sempurna. Oleh itu setiap sudut ruang dapat digunakan dengan baik.

Penggunaan almari baju binaan dalam (built-in wardrobe) ini sangat sesuai untuk mereka yang mendiami rumah jenis apartment atau kondominium juga. Ini kerana keistimewaannya berbanding almari jenis pasang siap. Jadi jangan sangka almari jenis ini hanya untuk rumah yang mempunyai ruangan luas saja ya.

 

Jenis Almari Untuk DIY Walk-in Wardrobe

Terdapat beberapa jenis almari pakaian terbina dalam (walk-in wardrobe) yang perlu anda ketahui. Sebelum memulakan projek di rumah anda, mungkin anda boleh membuat sedikit tinjauan mengenai jenis almri yang sesuai dengan keperluan anda. Kebiasaannya almari jenis ini mampu bertahan lebih dari 10 tahun, jadi pilihlah jenis yang bersesuaian dengan keperluan. Rancang kedudukan almari dengan betul. Berikut kami kongsikan jenis almari walk-in yang ada:

1. Almari Pakaian Terbuka (Open Walk-in Wardrobe)

diy walk in wardrobe

Kebiasaan ditempatkan di kedudukan seperti dalam bilik tidur utama atau bilik pakaian. Almari jenis ini juga tidak mempunyai pintu.

  • Pro: Jenis almari pakaian Open Walk-in Wardrobe menjadi pilihan kerana pengguna lebih mudah mencapai atau mengambil sesuatu barangan/pakaian. Disebabkan almari jenis ini tidak mempunyai pintu, maka susunan dalaman almari boleh dilihat terus dari dalam ruang almari. Selain dari penjimatan ruang kerana tidak memerlukan ruang untuk swing bukaan pintu.
  • Cons: Ruangan yang lebih besar diperlukan bila menempatkannya di bilik tidur utama. Ini kerana tambahan pembahagian dinding (Partition Wall)  diperlukan agar ruang Open Walk-in Wardrobe dapat ditutup. Selain pakaian perlu sentiasa disusun rapi. Ini kerana almari jenis ini tidak mempunyai pintu dan mudah dilihat jika almari berselerak.

2. Almari Berpintu (Built-in Wardrobe Sliding Door)

diy walk in wardrobe
Walk in wardrobe sliding door

Sesuai bagi rekaan konsep moden dan minimalis. Selain mudah dipadankan dengan semua konsep rekaan dalaman. Ini menyebabkan ianya sesuai digabungkan dengan meja belajar, rak buka dan Built-in Bedframe. 

  • Pro: Jenis pintu yang meluncur dari sisi ke sisi. Pintu jenis ini tidak memerlukan banyak ruang. Ini membolehkan ia sesuai dipasang berhampiran hujung katil atau laluan bilik yang sempit.
  • Cons: Jarak penglihatan lebih sempit. Pintu sliding mudah terkeluar dari rel almari jika dibuka atau ditutup secara lasak. Disebabkan perkara ini kebiasaannya kita meletakkan penyerap hentakan (shock absorber) dihujungnya.

3.Almari Berpintu (Built-in Wardrobe Swing Door)

diy walk in wardrobe
Swing door

Almari rekaan tanpa batasan ini merupakan suatu pilihan yang bijak. Maka ianya sesuai untuk semua ruang bilik tidur.

  • Pro: Jarak penglihatan yang lebih luas kerana boleh dibuka keseluruhan pintu dalam masa yang sama. Pintu boleh dipotong mengikut sudut ruang. Ini membuatkan ianya sesuai dipasang dibawah siling atau berhampiran tangga bersudut. diy walk in wardrobe
  • Cons: Perlu ruang tambahan untuk bukaan pintu. Tidak sesuai bagi ruangan bilik yang terhad. Selain dari memerlukan engsel dan bingkai yang lebih kuat jika gantungan cermin dilakukan.

Cara DIY Walk in Wardrobe 

Dengan membina sendiri almari jenis built in ini, anda sebenarnya dapat menjimatkan wang sehingga beribu ringgit! Bukan saja jimat malahan lebih puas kerana boleh membinanya dengan benar-benar mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kepada jenis/design yang anda inginkan. Anda boleh dapatkan barangan untuk membina almari anda di stor-stor yang terkenal atau website-website yang dipercayai. Contohnya seperti :

diy walk in wardrobe

Anda bebas membinanya mengikut ketebalan poket masing-masing. Anda mungkin boleh mengambil idea bagi rekabentuk wardrobe anda di website Houzz ini. Atau dapatkan inspirasi almari walk in anda dari laman pinterest ini.

Langkah- langkah:

  1. Dapatkan design/ gaya walk-in wardrobe yang anda mahukan. Lakukan mengikut ukuran sebenar bilik/ruangan bilik anda.
  2. Lakukan kerja-kerja pemotongan kayu/penebukan lubang ( nyatoh/solid wood/plywood/block board). Tips: jika guna plywood , pilih 18mm plywood jenis berat untuk rangka, 6mm-9 mm untuk background dan 3mm plywood untuk effect board pintu depan. Sila pakai kasut dan glove untuk elakkan selumbar kayu.
  3. Kerja-kerja pemasangan.

    diy walk in wardrobe
    Assembling shelves for closet cabinet with home a new apartment wall installing a shelf
  4. Proses mengecat dan kemasan.
  5. Pemasangan lampu strip LED. Ini dilakukan kerana kebiasaannya bilik walk in wardrobe mempunyai ruangan yang agak gelap. Oleh itu bergantung kepada keadaan ruangan anda untuk memasangnya atau tidak.
  6. Pemasangan drawer/laci.

    diy walk in wardrobe
    Pemasangan laci almari pakaian
  7. Pemasangan cermin(jika ada). Siap!

Tips DIY Walk in Wardrobe

  1. Tidak ada peraturan khusus dalam membuat Walk In Wardrobe, namun hal teknikal yang perlu diperhatikan adalah ukuran ruang bilik. Standard kedalaman (lebar) almari adalah 60 cm. Jika anda mempunyai ruang keluasan 2 x 2 meter, maka anda dapat membuat almari Walk In dengan reka bentuk huruf U. Secara kasarnya, dua sisi almari ialah 60 + 60 = 120 cm. Masih berbaki 80 cm untuk laluan masuk. Standard kelebaran bagi laluan akses masuk adalah 80 – 100 cm. Sama seperti kelebaran standard pintu.
    diy walk in wardrobe
    walk in wardrobe bentuk- U

     

  2. Jika hanya satu sisi sahaja yang mempunyai kelebaran 2 m, maka susun atur boleh dibuat  seperti huruf L. Sementara sisi yang tidak digunakan sebagai almari dapat diisi dengan rak atau laci dengan lebar tidak lebih dari 30 cm.

    diy walk in wardrobe
    Desing bentuk- L
  3. Buatlah meja solek. Ini penting untuk barang-barang kecil dan aksesoris yang sangat mudah beralih. Letakkan cermin di atasnya agar boleh menilik.
  4. Cahaya yang terang. Walk In wardrobe biasanya terletak diruang tertutup dan jauh dari cahaya semula jadi. Tambah beberapa lampu untuk menyorot ke cermin dan pakaian pakaian / barang anda.
  5. Maksimakan ruang vertikal/menegak. Tinggi platfom bergantung pada ketinggian syiling bilik antara 270 – 320 cm. Bahagian paling atas biasa untuk beg-beg besar atau barang-barang yang jarang digunakan.
  6. Letakkan cermin pada salah satu bahagian jika ingin mendapatkan kesan luas.
  7. Letakkan kerusi yang selesa. Sofa dengan satu tempat duduk adalah pilihan ideal.
  8. Gantung aksesori kecil untuk memudahkan anda mencarinya.
  9. Sebolehnya pastikan almari yang dibina dapat menutupi keseluruhan pakaian/barangan anda. Ini untuk mengelakkan dari simpanan anda berhabuk.

    diy walk in wardrobe
    Almari baju tertutup lutsinar

Kami berharap dengan aritkel yang dikongsi kali ini dapat membantu anda untuk mendapatkan almari pakaian idaman anda dengan kos yang jauh lebih murah dan jimat. Semoga tips dan Cara DIY walk in wardrobe yang dikongsikan ini bermanfaat kepada semua.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*