Cara Makan Vitamin C- Semua Yang Anda Perlu Tahu

Sumber vitamin C

Ingin tahu Cara Makan Vitamin C? Tapi sebelum itu apa yang perlu anda tahu tentang vitamin C? Dalam topik kali ini akan membincangkan tentang manfaat dan mudharat berkaitan vitamin C. Apakah fakta atau mitos yang jarang diketengahkan oleh orang ramai tentang keperluan, khasiat dan cara pemakanannya.

Vitamin C atau juga dikenali sebagai ascorbic acid merupakan vitamin yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Haiwan sahaja boleh hasilkan vitamin C dalam badan mereka. Vitamn C merupakan vitamin yang larut air. Ia boleh diperoleh dari beberapa sumber seperti:

  1. Buah-buahan
  2. Sayur- sayuran
  3. Makanan tambahan

Vitamin C dihasilkan dari glukosa. Jadi ianya adalah selamat diambil sebagai glukosa, gula dan kanji. Vitamin C mempunyai banyak manfaatnya yang memamg tak dapat disangkal lagi. Hanya pengambilan dos saja mungkin menjadi isunya. Jadi jom kita lihat berkaitan vitamin C ini.

Jenis vitamin C

Secara asasnya ada 3 jenis vitamin C iaitu:

  1. Acid Ascorbic
  2. Garam Ascorbic ( campuran vitamin C dengan mineral.)
  3. Vitamin C Semulajadi
Sumber vitamin C
Sumber vitamin C

1. Vitamin C- Asid Ascorbic

Asid askorbik merupakan vitamin C jenis sintetik. Dimana ia merupakan bentuk asal vitamin C bagi jenis sintetik. Namun begitu boleh juga didapapti dalma bentuk semulajadi. Terlalu banyak diluar sana jenama-jenama yang mengeluarkan jenis vitamin C ini. Antaranya:

  • The Real C
  • Nutribiotic
  • Shakelee
  • Redoxon dan sebagainya.

Jika dilihat dalam pasaran, vitamin C jenis ascorbic acid ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Antaranya dalam bentuk pil kunyah atau kapsul, cecair dan juga serbuk.

Vitamin jenis ini tidak disarankan untuk pengambilan dos tinggi sebagai praktisnya. Sesuailah mengambil pada kadar yang disarankan oleh pihak KKM. Malahan jenis ascorbic acid ini juga kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit dalaman bahagian usus. Antaranya seperti gastrik, gerd atau masalah perut dan angin. Malahan ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi atau perut kosong.

2. Garam Ascorbic

Vitamin C jenis ini kurang berasid. Ini kerana ia mengandungi garam mineral. Apabila garam mineral dicampur bersama asid ascorbic  menjadikannya bersifat lebih natural. Jadi pengambilannya lebih selamat bagi mereka yang mempunyai perut sensitif.

Antara contoh campuran vitamin garam ascorbic ini adalah seperti vitamin C + Kalsium (calsium ascorbate), vitamin C + Gluthathione, vitamin C + Zinc dan banyak lagi.

3. Vitamin C Semulajadi

Vitamin C boleh didapati dalam sumber semulajadi. Antaranya sepeti amla, cermai, jambu batu, kiwi, brokoli, lada benggala, kale dan sebagainya. Cuma yang menjadi masalah utama adalah kualiti buah dan sayur yang ada sekarang kebanyakan telah merosot. Sebagai contoh jagung yang sudah dimodifikasi. Sayur brokoli yang banyak dicemari dengan racun.

Selain dari kualiti tanah yang tidak baik. Itu semua perlu diambil kira dalam pemakanan kita. Oleh itu pilih buah dan sayur dari sumber yang baik. Pelbagaikan pengambilannya.

Manfaat dan Mudarat Makan Vitamin C

Vitamin C adalah sangat sinonim dengan keimunan badan. Ia juga dikaitkan dengan kecantikan kulit dan kecergasan badan. Namun vitamin C juga boleh mendatangkan mudarat jika pengambilan tidak sesuai dengan keadaan badan. Disini kami bawakan kepada anda untuk lebih mengenali vitamin C.

Manfaat Vitamin C

  • Imunisasi Badan

Sistem imuniti badan memerlukan pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk terbentuk sempurna. Perlu diingatkan bahawa imun sistem badan paling banyak terletak pada sistem pencernaan. Pulihan sistem pencernaan anda dengan vitamin C.

Ia juga bertindak sebagai antioksida yang menghalang kerosakan akibat radikal bebas/stress pada badan. Selain itu vitamin C juga menggalakkan pembinaan sel darah putih dalam melawan kuman dan virus. Ia juga boleh bertindak sebagai pain killer.

  • Kecantikan

Vitamin C dapat membantu memutihkan kulit. Ia dikaitkan dengan mengurangkan penghasilan melanin yang boleh mengubah warna kulit. orang jeragat,kulit jadi gelap. Anda boleh rujuk jurnal dibawah tentang peranan vitamin C terhadap pigmentasi  kulit.

Selain itu, vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen. Dengan ini ia dapat merawat dan menyebabkan kulit tampak lebih muda dan tegang. Jadi ingin tahu tips tegangkan kulit untuk kekal awet muda? Amalkan pengambilan vitamin C.

  • Mengekalkan Kesihatan 

Vitamin C juga dapat membantu dalam mengekalkan kesihatan badan anda. Dengan pengambilan yang betul, vitamin C dapat merangsang penyerapan mineral lain seperti zat besi. Selain dari mampu menurunkan tekanan darah dan kolestrol ke paras normal. Ia juga dapat mengimbangkan aras gula dalam darah. Jadi bagi penghidap diabetis amat disarankan dalam pengambilan vitamin C.

Kepentingan cara makan vitamin C dengan betul

Mitos Vitamin C

1. Batu karang / batu buah pinggang terjadi dengan pengambilan dose tinggi

Tiada bukti saintifik kukuh yang mengatakan vitamin C menyebabkan sakit buah pinggang atau batu karang. Melainkan seseorang memang sedia ada penyakit tersebut. Vitamin C tak menyebabkan batu karang pada orang yang sihat.

Punca batu karang disebabkan pembentukan kalsium oxalate. Ia merupakan 60-80% penyakit batu karang buah pinggang. Diet tinggi kalsium seperti susu, sayur,kekacang boleh merendahkan risiko batu karang. Antara faktor lain adalah badan kekurangan air.

2. Tiada bukti saintifik di sebalik penggunaan vitamin c dos tinggi

Disebabkan Malaysia tiada pakar vitamin C, ianya agak sukar untuk mendapatkan rujukan langsung berkenaan vitamin C. Jadi setiap individu perlu melakukan kajian dan bacaan sendiri. Selain dari merujuk pada doktor-doktor pengamal vitamin C dalam perubatan mereka di Malaysia.

Jika anda berminat untuk mengetahui kajian tentang vitamin C, boleh juga merujuk kepada senarai ini :

  • Dr Suzanne Humpries
  • Dr Andrew Saul
  • Dr Frederick Klenner

3. Cirit dari pengambilan vitamin C adalah bahaya

Sememangnya kesan sampingan dari pengambilan vitamin C boleh menyebabkan masalah cirit pada sesetengah individu. Namun tidaklah sampai ke tahap yang serius. Mereka yang mempunyai kadar toksid dalam badan lebih tinggi memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi untuk mencapai tahap toleransi usus( cirit).

Kerana itu disarankan untuk tahu dan kenali dulu badan dan jenis vitamin C yang diambil. Bukan sebarangan vitamin C yang boleh diambil dalam dos yang lebih tinggi dari biasa bila sakit. Selain dari itu juga pengambilan vitamin C perlulah mengikut keperluan badan saja. Penyerapan vitamin C bergantung pada keperluan badan. Selepas 24 jam, vitamin C akan keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.

Maka kadar dos yang diperlukan oleh badan adalah berbeza pada setiap individu. Ia bukanlah ‘one size fit all’. Jadi kadar toleransi dos vitamin C bergantung pada keadaan badan

4. Anda akan mampu mendapat cukup vitamin C semasa sakit melalui sumber makanan sahaja.

Dalam keadaan sakit, tubuh anda pastinya memerlukan aras keimunan yang lebih tinggi. Disebabkan vitamin C ini tidak dapat disimpan lama dalam badan, ia harus diambil secara kerap. Apatah lagi jika sedang sakit. Disebabkan itu pasti sukar untuk anda dapatkan bekalan vitamin C secukupnya dengan sumber makanan sahaja. Walaupun ia tak dapat disimpan lama dalam badan, kadar keberkesanannya adalah cepat. Dan pastinya vitamin C tidak menjadi toksid dalam badan.

Cara Makan Vitamin C Dos Tinggi, Benarkah?

Mengikut kajian yang dibuat pihak KKM mendapati::

  • Pengambilan dos melebihi 3,000 mg sehari boleh menyebabkan batu karang. Disamping meningkatkan asid urik terutama bagi pesakit Gout. Ini menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam badan.
  • Tahap tertinggi (Tolerable Upper Intake Level) pengambilan vitamin C bagi dewasa adalah 2,000 mg sehari. Jika mengambil melebihi dari tahap ini akan menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit perut dan cirit-birit.
  • Buku garis panduan menyatakan 2,000 mg itu adalah had maksima yang mampu ditanggung (tolerable) oleh perut kita, selebihnya akan menyebabkan toksik. Namun kenyataan ini telah banyak menimbulkan perdebatan dalam kalangan doktor perawat.
  • Had Pengambilan Seharian (RDA) yang dibenarkan adalah 90 mg sehari bagi lelaki dan 75 mg sehari bagi wanita yang berumur 19 tahun ke atas.
  • Bagi ibu hamil dan menyusu, dos yang disarankan adalah 85 mg dan 120 mg sehari.
  • Tahap maksima penyerapan vitamin C sehari di dalam perut adalah sekitar 200 mg sehingga 500 mg sahaja. Pengambilan lebih daripada itu hanya akan dikumuhkan melalui najis sahaja.
dos cara ambil vitamin C dengan betul
Dos vitamin C mengikut KKM

Tips Cara Makan Vitamin C Dengan Betul

Anda perlu tahu bagaimana cara untuk ambil vitamin C dengan kaedah dan dos yang tepat mengikut kesesuaian badan anda.

  1. Jangan ambil vitamin C bersama pemanis tiruan/ gula alkohol (maltitol).
  2. Jangan ambil dengan gula kerana ia mengurangkan penyerapan Vitamin C.
  3. G6PD jangan ambil dos tinggi. Boleh pecahkan darah. Bagi penghidap G6PD sila dapatkan nasihat doktor anda .
  4. Jangan ambil gula glukosa bersama vitamin C. Melainkan ambil dengan gula fruktosa.
  5. Pengambilan dos yang lebih dari kebiasaan hanya diperlukan saat tubuh tidak sihat. Sila dapatkan khidmat nasihat doktor yang berpengalam dan berpengetahuan dalam pengambilan vitamin C. Ini kerana bukan semua doktor arif dalam perihal vitamin C.
  6. Minum air secukupnya. Jadi pastikan buang air kecil sebagai teman baik saat mengambil vitamin C. Ini untuk mengelakkan kerosakan pada buah pinggang dan pundi kencing anda.
  7. Dapatkan dos yang sesuai untuk tubuh anda. Ingat bahawa ‘one size does’t fit all’. Jadi kenali dahulu tubuh anda.
  8. Dapatkan vitamin C yang tepat. Anda pasti tak mahu mengambil vitamin C bersama bahan-bahan sampipngan lain yang tak diperlukan badan bukan?

Kesimpulan

Jika dilihat dari kajian-kajian diluar sana, terdapat banyak percanggahan yang ada tentang pengambilan vitamin C ini dari segi dosnya. Namun tiada siapa dapat menyangkal tentang banyaknya manfaat yang dapat diperoleh dari pengambilannya. Jadi jika anda tidak tahu dan tidak pasti tentang pengambilan vitamin C, ikuti saja saranan yang dibawa oleh KKM ataupun yang dilabelkan pada botol produk tersebut.

Anda mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang cara makan vitamin C dengan tepat? Kongsikan dengan kami diruangan komen dibawah.

 

Penafian: Berikut merupakan hasil bacaan dan penyelidikan dari penulis sahaja. Bukanlah nasihat berbentuk perubatan. Sebarang pengambilan vitamin/makanan tambahan adalah dibawah tanggungjawab sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*