Cara Pemasangan Sendiri Pagar Privacy Papan Shera

pagar shera
Pagar yang bersifat lebih privasi

Pagar privacy papan shera kini sudah terkenal malahan pemasangannya tidaklah serumit mana. Seperti yang kita tahu, kos untuk memasang pagar privasi di rumah bukanlah murah tambahan lagi bila melibatkan pagar yang bersifat lebih  tertutup. Ramai dalam kalangan kita lebih gemar kepada pagar jenis ini terutama mereka yang tinggal di bandar yang sibuk dan padat. Sebenarnya banyak manfaat pagar privacy ini kepada tuan rumah. Antaranya ialah:

  • Urusan di dalam rumah lebih terjaga dan terpelihara. Boleh bertindak sebagai perlindungan penghuni rumah.
  • Landskap rumah sebagai hiasan tambahan
  • Mengurangkan bunyi bising masuk ke dalam rumah
  • Penyelenggaraan boleh dikurangkan dengan ciri-ciri pagar yang lebih stabil
  • Pengudaraan lebih baik masuk ke dalam rumah dengan mengurangkan habuk

    Pagar yang bersifat lebih privasi
    Pagar yang bersifat lebih privasi

Namun kos yang terlibat mungkin agak mahal dengan cecahan nilai sehingga mencapai RM3000-RM5000. Jadi bukan semua orang mampu untuk menukar pagar rumah kepada pagar yang lebih bersifat privacy. Jadi ada antara mereka yang mengambil inisiatif dengan menanam pokok sekitar berhampiran pagar rumah. Cuma bagi mereka yang mempunyai rumah yang tidak bertanah, perkara ini agak sukar dilakukan. Sebenarnya, terdapat kaedah yang dapat dilakukan untuk menjadikan rumah anda dalam keadaan lebih terlindung tanpa menggunakan kos yang tinggi. Antaranya adalah dengan melakukannya sendiri menggunakan shera plank. Cuma ianya memerlukan sedikit kerajinan dan kemahiran bertukang namun kosnya jauh lebih murah! Jadi disini kami kongsikan kepada anda cara untuk diy pagar privacy papan shera. Nah, semua boleh DIY ya!

Apa itu shera plank

Shera plank simen fiber board atau singkatannya shera plank adalah suatu gabungan bahan dari gentian fiber dan simen. Gabungan ini menjadikan material shera ini lebih tahan panas dan sejuk, kalis air malahan jangka hayatnya lebih panjang berbading kayu. Dengan ciri-ciri yang dimiliki menjadikan shera plank amat sesuai digunakan diluar kawasan terdedah bahagian rumah anda. Selain dari itu juga, shera plank ini boleh didapati dalam pelbagai corak dan menjadikan kediaman anda lebih cantik dan menarik.

Untuk proses pemasangan pagar shera plank ini pun tidaklah mengambil masa yang lama untuk disiapkan, mungkin hanya dalam 2-5 hari saja bergantung pada kemahiran dan masa yang dapat diluangkan secara total untuk proses menyiapkan pagar rumah anda. Berikut dibawah merupakan suatu perkongsian yang telah dilakukan oleh mereka yang sudah berpengalaman dalam menyiapkan pagar rumah shera plank ini secara DIY.

Bahan dan alatan yang diperlukan:

  • Shera plank (cement board) – 15 keping RM16/pieces ( saiz 15cm x 3 m). *Bilangan shera plank bergantung pada saiz pagar anda.
  • Sealer (undercoat) 1L – RM25
  • Cat Jotun water based kilat 2L – RM35/L
  • Grinder
  • Apit G
  • Skru besi dan washer
  • Drill
  • Sesiku L

LINK SHOPEE:

Shera plank board : https://shopee.com.my/SHERA-PLANK-BOARD-FASCIAL-BOARD-PAPAN-CORAK-KAYU-CEMENT-FIBER-i.33511597.8877152913?position=6

Sealer : https://shopee.com.my/Nippon-Paint-Undercoat-Paint-Wood-9000-Undercoat-Metal-Cat-Undercoat-1L-Nippon-Undercoat-Primer-Paint-i.20592129.4790861394?ads_keyword=undercoat&adsid=25577022&campaignid=14615230&position=0

Langkah-langkah memasang pagar:

  • Ukur papan shera mengikut saiz pagar rumah anda. Tanda dan gariskan menggunakan sesiku L. Sesiku L ini amat disarankan sewaktu menandakan ukuran papan anda bagi mendapatkan ketepatan garisan.
Pengukuran cement board
Pengukuran cement board menggunakan sesiku L

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Proses pemotongan papan shere
Proses pemotongan papan shere mengikut bentuk dan saiz yang diingini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Selepas sudah siap menanda saiz papan yang diperlukan, potong papan shera anda menggunakan grinder. Pastikan mata grinder yang digunakan sesuai untuk memotong papan shera.
  • Kemudian anda boleh menyusun semua papan shere yang akan digunakan untuk proses mengecat. Mulakan dengan cat undercoat terlebih dahulu. Pastikan rata. Kemudian disusuli dengan cat kilat nippon fiber coat. Tips untuk mendapatkan lapisan alur kayu tu bagi nampak, anda boleh mengambil botol plastik dan tarik /sagatkan atas plank. Selepas itu disusuli pada lapisan kedua pula. Biarkan kering
Mengecat papan shera

  • Susun shera plank tadi diatas pagar sedia ada anda tadi supaya proses memasang skru pada shera plank pada pagar lebih mudah.

Pemasangan Shera plank

Nah, pagar privacy anda sudah siap!

Pagar Shera Plank
Pandangan pagar dari dalam kawasan rumah

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*