Diy Rak Besi Pasu Bunga Guna c Channel dan Baten

rak pokok besi c channel

Diy Rak Besi Pasu bunga bertingkat adalah antara topik yang popular pada masa kini. Ini disebabkan kos besi yang meningkat naik saban hari. Tapi anda teringin betul nak ada kawasan yang penuh pokok kehijauan. Namun hajat tak kesampaian kerana rumah anda tidak mempunyai ruang untuk meletak pokok? Untuk itu anda haruslah bijak dalam memanipulasikan ruang yang ada. Antara tips yang dapat diaplikasikan adalah dengan susun atur dan jenis perabot atau barang yang dipilih bagi ruangan kediaman anda.

rak pokok

Ruangan yang kecil juga mampu tampak menarik dan kemas dengan susunan pokok bunga yang diletakkan di atas rak. Namun jika dilihat harga pasaran bagi rak pokok diluar sana pun agak mahal bukan. Jadi elok juga jika boleh melakukannya sendiri. Selain lebih bersifat sentimental, anda juga boleh custome ikut saiz yang sesuai dengan kediaman anda. Material untuk membina rak pasu bunga ini boleh digunakan dari bahan seperti kayu, paip pvc dan besi. Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan warga pembaca cara untuk diy rak pasu bunga bertingkat guna besi c channel saja. Sebenarnya mudah dan tidak mengambil masa yang lama pun untuk menyiapkannya.

Antara kelebihan menggunakan rak besi untuk diletakkan pasu bunga ini adalah antaranya :

  1. Ringan dan mudah dialihkan.
  2. Pasu kelihatan cantik dan tersusun.
  3. Sesuai untuk halaman yg terhad.
  4. Mudah untuk membuat lanskap atau hiasan pada taman mini anda.
  5. Rak lebih kukuh dan ringan, serta tahan karat.
  6. Pokok lebih segar kerana aras ketinggian berbeza, tiada pokok yang terlindung dari sinaran matahari.
  7. Siraman pokok dan proses pembajaan lebih mudah.
Rak besi biru
Contoh rak pasu dari besi

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah pastikan bahan dan alatan yang diperlukan mencukupi. Perkara yang tidak boleh dipandang enteng juga antaranya adalah aspek keselamatan. Ini kerana hujung-hujung besi yang dipotong nanti adalah tajam. Pastikan persekitara selamat dan bebas dari anak-anak kecil untuk menghindari dari kejadian yang tak diingini. Selain itu, dinasihatkan pakailah sarung tangan semasa membuat kerja-kerja pertukangan tersebut.

Bahan-bahan dan alatan yang diperlukan:

Antara kos yang terlibat bergantung kepada harga semasa. Ini kerana pada tahun 2020 harga besi c channel hanya RM 20/sebatang manakala baten RM 15/batang. Disamping itu juga dilihat sekarang harga besi c channel telah naik agak tinggi mencecah RM 38/batang (Julai 2021) dan besi baten RM 19.50/batang. Secara kasarnya, harga bagi bahan-bahan yang diperlukan kami kongsikan dibawah namun bergantung pada tempat juga.

C channel (jenama Astino) RM30 x3=RM90 ( Boleh menjangkau harga yang lebih tinggi)

Baten RM15 x5=RM75

Skru & mata grander =RM10 

Drill jenama Akaido= RM 110

Jadi secara kasarnya kos mentah yang terlibat adalah antara RM 200-RM 300 bergantung kepada harga besi.

Saiz bagi c channel yang digunakan adalah bersaiz standard iaitu lebar hampir 3 inci x 1¼ inci. Manakala tebalnya 0.75. Bagi skru kepala bunga pula bersaiz 3/4 inci.

Langkah-langkah:

  • Langkah pertama yang anda perlu buat adalah buat lakaran awal bagi reka bentuk rak pasu yang anda ingin bina beserta ukurannya.
Pelan rak pasu bunga
Lakaran awal rak besi pasu bunga
  • Seterusnya ukur dan tandakan besi anda menggunakan pita pengukur. Pastikan juga menggunakan sesiku L bagi mendapatkan sudut yang tepat. Tandakan keseluruhan bahagian yang diukur sebentar tadi menggunkan pen marker.
  • Setelah selesai pengukuran, gunakan 4 batang besi c channel dan 6 batang besi batten.Anda boleh memotongnya menggunakan gunting besi/grinder. Bagi bahagian pemotong besi menggunakan gunting besi ini. Anda boleh memulakannya dengan memotong bahagian tepi kanan dan kiri besi. Kemudian patahkan besi tersebut.
Potong besi biru
Cara potong besi biru guna gunting besi
Pemotongan besi c channel
Cara potong besi c channel

 

pemotongan batten
Penyambungan sisi Baten kepada c channel
hujung batten
Pemotongan hujung batten

 

Batang besi untuk rak pasu bunga
6 c channel dan 4 batten yang sudah siap dipotong

 

Susunan awal pelan besi
Susunan awal pelan besi

 

Pemasangan baten dengan c channel

Penyambungan menggunakan skru
Penyambungan menggunakan skru
  • Setelah selesai kerja-kerja pemotongan, anda boleh mula membuat kerja penyambungan besi-besi tersebut.
  • Gunakan sesiku L untuk mendapatkan sudut yang tepat adalah sangat disarankan. Dapatkan seorang pembantu bagi proses penyambungan bagi memudahkan dan mendapatkan hasil yang baik.

  • Penyambungan batang besi channel dan batten tadi boleh dibuat menggunakan pelan pada lakaran awal yang telah anda tentukan.
para rak besi
Para rak besi pasu bunga
  • Antara tips bagi tapak atas, eloklah menggunakan c channel untuk menjadikan permukaan lebih rata apabila meletakkan pasu. Pasu akan lebih stabil bila permukaan rata.

 

rak besi pasu bunga
Bahagian atas rak pasu
rak besi biru pasu bunga
Contoh rak besi biru pasu bunga
  • Akhir sekali, bagi kawasan berbumbung itu boleh diletakkan net hitam sebagai peneduh pokok. Nah, rak besi anda sudah siap. Sekarang anda sudah boleh menyusun pasu-pasu bunga anda diatasnya.

Bagi video tutorial rak besi pasu bunga bertingkat ini, anda boleh mengklik pada link yang kami sediakan di sini  Semoga artikel kami dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjadikannya sebagai pendapatan tambahan dengan membina rak besi pasu bunga ini. Kongsikan artikel kami kepada semua jika bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*