Jadual Homeschool Untuk Anak dirumah (1)

Jadual Homeschool
Aktiviti Homeschool Anak dirumah

Anda tercari-cari jadual homeschool dirumah? Memandangkan sistem pendidikan yang sentiasa berubah antara sebab mengapa ramai yang memilih homeschool. Namun ramai yang tidak berani memulakan langkah pertama kerana tidak tahu bagaimana caranya. Sebenarnya apa yang penting adalah penglibatan ibu bapa. Itulah yang paling utama.

Ramai ibu bapa yang buntu dalam membuat jadual sesuai dengan anak mereka. Tidak tahu untnuk bermula bagaimana merupakan antara kebimbangan yang sering melanda mereka yang berniat untuk homeschool. Namun sebenarnya apap yang penting adalah anda tahu apa yang anak anda harus capai pada usia mereka. Aktiviti yang dimuatkan dalam jadual seharusnya seronok dan tidak membebankan.

Dibawah ini kami sediakan jadual homeschool untuk anak dirumah. Ini untuk memberi gambaran ringkas tentang jadual homeschool. Namun begitu apa yang menariknya tentang homeschool ini adalah, jadual yang lebih fleksibel namun memerlukan disiplin diri yang tinggi.

Untuk mengakses Infografik Jadual Homeschool Untuk Anak dirumah, anda boleh menekan link dibawah ini:

How to Start Homeschooling Effectively infographic

Namun untuk menjadikan ianya lebih menarik, anda boleh membentuk satu kumpulan yang terdiri dari beberapa orang. Antara 4 hingga 6 orang. Isikan aktiviti anak-anak anda mengikut peringkat perkembangan otak mereka sesuai dengan usia.

Bagi ibu ayah yang berhajat untuk homeschool anak anda haruslah mempunyai ilmu tentang perkembangan manusia mengikut usia. Ianya selari dengan hadis Nabi SAW “Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu.” Ini bermaksud ajari anak itu sesuai dengan usianya. Hadis yang boleh diguna sepanjang zaman.

Kebanyakan dari kita juga mungkin beranggapan bahawa aktiviti homeschool ini memerlukan kos yang tinggi. namun sebenarnya anda boleh sesuaikan aktiviti ini dengan keadaan kewangan masin-masing. Komunikasi dengan anak adalah sangat penting supaya aktiviti homeschool yang dilakukan mendapat kerjasama yang penuh dari anak-anak.

Pastikan terdapat persefahaman antara anda suami isteri supaya aktiviti homeschool anak anda dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan. Anda juga tidak perlu kepenatan seorang diri jika mendapat sokongan padu dari pasangan.

Moga-moga ianya memberi lebih idea kepada anda yang berminat untuk homeschool anak-anak sendiri. Moga bermanfaat!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*