Modul Homeschool Memanah- Jom Main Raja Permainan!

aktiviti memanah homeschool
Latihan memanah busur dan anak panah oleh seorang ayah.

Modul Homeschool Memanah. Adakah anda tahu kelebihan memanah? Mengapa anda disarankan mengadakan aktiviti memanah sebagai modul utama dalam pendidikan anak dirumah? Berikut kami senaraikan sebab utama yang perlu anda pertimbangkan:

  1. Sunnah Nabi SAW
  2. Kesihatan
  3. Meningkatkan daya fokus
  4. Membina kecerdasan emosi
  5. Membina kekuatan anggota badan

Kelebihan Memanah

Dalam menentukan pengisian aktiviti pembelajaran anak, memanah boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan sebagai aktiviti utama. Ia boleh dilakukan setiap hari secara konsisten. Amal itu walau sedikit haruslah berterusan.

Bilakah usia yang sesuai untuk memulakan permainan panahan ini? Sebenarnya anda boleh memulakan dari anak berusia masih kecil. Perlu dilihat juga kesesuaian fizikal anak dengan peralatan yang akan digunakan kelak.

Memanah
Aktiviti memanah dalam modul homeschool

Kesihatan

Pasti anda tidak menyangka permainan memanah mempunyai banyak manfaat pada kesihatan tubuh. Walaupun ianya merupakan sukan statik, namun anda tentunya terkejut dengan fakta bahawa memanah mendatangkan manfaat yang besar dalam kesihatan tubuh badan.

  • Mempertingkatkan kesihatan organ badan. Tekanan yang dikenakan antara otot tangan pada busur sebelum anak panah dilepaskan, merupakan titik kepada refleksologi bagi tubuh anda. Ianya disertakan dengan tarikan nafas secara mendalam yang ada dalam permainan memanah.
  • Sukan memanah adalah aktiviti yang menambah kekuatan otot badan. Ini sekaligus dapat membakar lemak dalam tubuh badan seseorang. Jadi anda boleh kurangkan kadar kebuncitan perut dengan bermain permainan ini. Jadi ianya sangat baik untuk jantung anda!

Kecerdasan Emosi

  • Memanah sememangnya mampu merangsang bahagian dalam otak untuk lebih cerdas dalam menangani emosi. Maka, dari awal usia seharusnya digalakkan anak-anak untuk bermain panahan. Emotional Quotien(EQ) sememangnya terbukti dapat ditingkatkan dalam diri anak-anak. Kecerdasan emosi merupakan asas pada perkembangan otak dalam diri anak-anak sebelum datangnya kecerdasan Intelek(IQ).

Meningkatkan Daya Fokus

Fokus dalam memanah
Fokus diperlukan dalam aktiviti memanah
  • Fokus diperlukan dalam memanah dan pemanah perlu dalam keadaan tenang. Dengan latihan seperti ini dapat membantu seseorang menghadapi situasi yang mendesak dan dapat menangani stress dalam kehidupan harian. Sukan ini bolehlah dijadikan suatu terapi minda untuk lebih sihat dan selamat.

Keseimbangan Badan

  • Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata. Semasa melepaskan anak panah pada sasaran, pemanah memerlukan kecekapan kemahiran koordinasi tangan-mata-otak. Semuanya harus seiringin. Kemahiran motor kasar, motor halus dan emosi perlu ditangani dan dikuasai dengan baik. Dengan ini barulah panahan tidak tersasar. 

Memanah Membentuk Keseimbangan

Kunci pada kesihatan yang baik dan keharmonian hidup adalah keseimbangan dalam kehidupan. Ini dapat didorong oleh latihan memanah yang berterusan.

Sememangnya latihan memanah yang berterusan tak dapat disangkal lagi. Ianya mempunyai banyak manfaat dalam kesihatan seseorang. Selain dari manfaat kesihatan fizikal, ia juga memberi impak besar kepada kesihatan mental seorang pemain panahan. Memanah juga dilihat dapat menghilangkan rasa ketagihan gajet bagi anak-anak sekarang yang semakin obses dengan skrin.

Aktivti Memanah Homeschool

Jadikan aktviti memanah sebagai modul/silibus dalam jadual homeschool anda. Seharusnya anda yang sudah memulakan sesi memanah, berterusan melakukan aktivti ini. Jadikannya sebagai rutin harian. Ilmu yang ada haruslah disertai dengan amalan yang kosisten agar keseimbangan yang telah dicapai berterusan. Kegiatan memanah itu perlu sentiasa dibuat walaupun mengambil masa yang sekejap.

Modul homeschool
Memanah itu menghidupkan sunnah Nabi

Dalam memupuk minat kepada anak-anak, ibu bapa haruslah lebih berkreativti dalam melakukan aktiviti memanah ini. Disebabkan memanah sangat dikenali sebagai permainan statik, namun pelbagai variasi boleh dilakukan. Memanah juga dapat memupuk sikap rendah diri dalam diri anak-anak. Selain dari itu, anak-anak dapat dilatih untuk mengawal emosi mereka. Jadi sememangnya apa yang sunnah itu sangat besar manfaatnya.

Apa Pandangan Anda Tentang Permainan Memanah Ini?

Sekarang anda tidak perlu ragu lagi untuk memasukkan Aktiviti memanah sebagai jadual homeschool anak dirumah. Jika masih tidak mempercayainya, apa yang anda perlu buat adalah segera melakukannya dan tunggu hasilnya nanti.

Semoga bermanfaat untuk kita kongsikan bersama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*