Panduan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

panduan bina rumah
Professional engineer architect worker with protective helmet and blueprints paper at house building construction site background

Panduan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri- Satu tajuk yang menarik untuk dikongsi kepada anda semua. Disini kami sediakan panduan asas bagi mereka yang berminat untuk membina rumah atas tanah sendiri.

Sememangnya menjadi idaman ramai orang untuk memiliki rumah mengikut citarasa sendiri bukan. Namun, keputusan membina rumah ini adalah satu keputusan yang besar dan penting. Ini kerana membina rumah ini memerlukan kos yang tinggi.

Jadi mari kita lihat aspek penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membina rumah idaman anda. Ini bertujuan agar anda tidak menangis tak berlagu dibucu katil sendirian.

  1. Lantik arkitek dan jurutera jika anda tiada kepakaran itu.
  2. Hantar pelan rumah
  3. Pelan rumah mengikut ukuran skala.
  4. Tinjauan kawasan

panduan bina rumah

Panduan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Panduan berikut anda boleh gunakan sebagai permulaan untuk membina rumah sendiri. Berikut adalah antara kepentingan yang dinayatakn dari 4 point diatas.

1. Melantik Arkitek dan Jurutera Rumah

Antara masalah yang dihadapi jika dua individu ini tiada bila anda mula membina rumah adalah:
  1. Saiz rumah tidak tepat
  2. Susunan dan susur atur perabot sukar dibuat bila rumah sudah siap
  3. Fungsi ruang tidak dapat digunakan sepenuhnya
  4. Susun atur ruang dan bilik tidak sesuai dengan fungsi dan banyak lagi masalah yang mungkin timbul.
Jadi apakah kepentingan dua individu ini? Jom kita lihat fungsi mereka dalam jadual dibawah:
 Arkitek Merancang, merekabentuk dan mengawasi pembinaan rumah
Jurutera Struktur- Keperluan struktur, konkrit, kerja besi & lain-lain.

Contoh: Lukisan piling, bumbung, footing/foundation, struktur saiz beam, tiang, saiz besi yang akan digunakan, jarak besi link, tangga, lantai, longkang, jalan, tangki najis

Mekanik & Elektrik(M&E) – Lukisan berkaitan pendawaian letrik

Contoh: Kedudukan lampu, kipas, penghawa dingin, water heater, soket, suis, sistem kumbahan dan bekalan air & sebagainya.

Selepas mendapatkan maklumat dari mereka ini, jurukur bahan akan mengira kuantiti setiap bahan bagi pembinaan. Barulah kos sebenar dapat dikira.

Disini anda boleh sediakan bajet untuk membina rumah anda. Buatlah perbandingan harga barang yang berkualti dengan bajet yang anda ada.

2. Hantar Pelan Rumah ke PBT

pelan rumah dalam panduan bina rumah

Hantar pelan rumah anda kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah dikemudian hari. Sebagai contoh, rumah yang dibina sudah termasuk dalam bahagian rezab jalan. Masalah ini biasa timbul apabila pelebaran jalan dibuat oleh piha JKR. Ini juga untuk pastikan rumah yang bakal kita bina itu selamat untuk didiami.

3. Pelan Rumah Mengikut Ukuran Skala

Pelan rumah yang dibina perlulah dibina mengikut skala. Jangan pula lukisannya kecil tapi dibinanya besar. Nanti macam-macam hal yang memeningkan kepala boleh berlaku. Ini juga boleh memberi kesan pada aspek keselamatan. Kelulusan pengeluaran CCC (certificate of completion and compliance) atau sijil siap dan pematuhan akan menjadi sukar. Rumah juga susah untuk dijual jika mahu nanti.

4. Tinjauan Kawasan

Tapak pembinaan rumah haruslah sentiasa dipantau. Ini untuk mengelakkan dari apa yang telah dirancang tiba-tiba berubah hasilnya. Tak seperti dirancang awal. Atau kata lain untuk pastikan rumah dibina ikut spesifikasi.

Contoh spesifikasinya:

– Bata simen atau bata tanah liat
– Pintu kayu pepejal atau pintu kayu berlamina
– Bingkai tingkap salut serbuk atau bingkai tingkap anodis semula jadi
– Jubin seramik atau jubin porselin
– Gred besi BS atau gred besi CQ. (BS lebih kukuh)
– Besi T20 vs T16
Jadi anda boleh keluarkan sedikit bajet untuk melantik arkitek bagi membuat tinjauan kawasan pembinaan rumah anda.

Panduan Tambahan Bina Rumah

Pilihan lain yang anda ada juga. Anda boleh melantik kontraktor bertauliah. Sila rujuk status kontraktor di laman web rasmi CIDB Malaysia. Ini untuk mengelakkan dari ditipu. Jika berlaku penyelewengan, anda boleh mengambil tindakan ke atas mereka secara sah. Kontraktor akan menguruskan segala kerja-kerja berkaitan pembinaan rumah.

Anda mempunyai bajet yang lebih rendah untuk membina rumah? Sila rujuk disini : Peranan kontraktor VS tukang 

Bila rumah dah siap, mestilah fikir tentang pagarnya pula kan? Kami fikir mungkin anda berminat untuk membuat pagar rumah sendiri tapi tetap cantik dan mudah. Yang penting juga, ianya murah! Boleh rujuk artikel kami tentang Cara Pemasangan Sendiri Pagar Privacy Papan Shera.

Setakat itu saja perkongsian kami kali ini mengenai Panduan Bina Rumah. Anda mempunyai pengalaman membina rumah sendiri? Kongsikan bersama kami pengalaman anda! Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*