Pasang Cermin Tinted Kereta – DIY Saja Mudah dan Jimat

Guna scrapper dan hot air blower semasa pemasangan filem cermin gelap

Pasang Cermin Tinted Kereta DIY mungkin adalah perkara yang boleh anda pertimbangkan. Memandangkan negara Malaysia adalah negara yang panas, maka tinted kereta adalah sesuatu yang patut ada pada sesebuah aksesori kereta. Jadi pemasangan sendiri adalah lebih jimat dan mudah saja jika anda tahu caranya.

Berikut merupakan beberapa perkara yang harus anda tahu sebelum memasang tinted kereta sendiri:

  1. Peratusan ketelusan cahaya atau Visible Light Transmission (VLT)
  2. Jenis cermin gelap
  3. Peraturan penggunaan cermin gelap JPJ

Panduan Sebelum Pemasangan Cermin Tinted Kereta 

Berikut merupakan beberapa panduan yang perlu anda ambil tahu tentang pemasangan cermin gelap, Kenali dan fahami terlebih dahulu terma-terma yang digunakan.

1. Peratus Ketelusan Cahaya (VLT)

VLT bermaksud kadar peratusan cahaya yang dapat melalui tingkap kenderaan. Semakin rendah nilai VLT pada filem cermin kereta, semakin kurang cahaya dapat tembus. Ini bermaksud semakin gelap cermin kereta, semakin rendah peratusan VLT.

2. Infrared (IR)

Infrared bermaksud berapa banyak haba yang dapat masuk melalui tingkap kenderaan. Peratusan jumlah haba yang masuk kedalam kenderaan bergantung pada nilai IR yang terdapat pada filem cermin kereta. Jika anda inginkan kenderaan lebih sejuk dan terlindung dari haba panas, carilah filem yang mempunyai nilai IR yang lebih tinggi.

3. Ultraviolet (UV)

Nilai UV pada tinted cermin kereta merujuk kepada kadar cahaya sinar ultra unggu yang masuk melalu tingkap kenderaan anda. Pendedahan cahaya Ultraunggu(UV) ini boleh memberi kesan buruk jangka masa panjang pada kesihatan. Maka disarankan memilih cermin tinted kereta yang mempunyai nilai UV yang lebih tinggi.

4. Peraturan Terbaharu JPJ Bagi Cermin Gelap Kenderaan

Anda perlu juga mengambil kira peraturan penggunaan cermin gelap (tinted film) bagi kenderaan anda. Ini untuk mengelakkan masalah saman dan denda dikemudian hari. Berikut merupakan panduan terkini dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia bagi tahun 2021:

Bahagian Cermin Kadar Ketelusan Cahaya VLT
Hadapan Pemandu 70%
Sisi Pemandu 50%
Sisi belakang Tiada had (dengan syarat mempunyai cermin sisi)
Sisi belakang penumpang Tiada had (dengan syarat mempunyai cermin sisi)

panduan tinted cermin kereta terbaharu

Mana-mana pemandu yang melanggar peraturan bagi penggunaan cermin gelap ini boleh dikenakan tindakan undang-undang denda sehingga RM2000 atau dipenjara tidak lebih dari 6 bulan. Atau anda boleh rujuk pada laman sesawang JPJ untuk info lanjut berkenaan penggunaan cermin gelap kenderaan.

5. Jenis Cermin Gelap Tinted Kereta

Pemilihan cermin gelap (tinted) kereta juga penting dalam memastikan jangka hayatnya yang panjang. Jika anda menggunakan filem penapis haba berkualiti rendah, kesan warna akan cepat luntur selain kadar perlindungan cahaya dan haba yang rendah.

Anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan filem cermin lebih berkualiti. Filem penapis haba dengan ketebalan 4 mil atau 6 mil sudah cukup baik.

Cara Pasang Cermin Tinted Kereta 

Banyak pilihan tinted yang ada. Anda boleh cari saja barang-barang yang perlu di Shopee dan Lazada. Memang murah dan berbaloi. Antara bahan yang diperlukan untuk pemasangan cermin tinted DIY, anda perlukan :

  1.  Air sabun
  2. Scrapper plastik
  3. Scrapper getah (Guna selepas tinted dipasang pada cermin kereta)
  4. Kain ( Untuk lindung bahagian kereta semasa kerja pemasangan filem dibuat)
  5. Mesin udara panas ( hot air blower)

Pertama sekali, kemas kereta anda dengan membawa keluar barang yang tak perlu. Potong 4 bahagian tinted cermin serentak ikut bilangan cermin yang ada.

Ukur dulu saiz cermin. Paling baik untuk DIY guna kadboard bagi saiz cermin. Kalau di kedai biasa dah ada template sendiri. Jadi untuk DIY anda akan habiskan sedikit masa untuk ukur saiz cermin.

Sebelum kerja-kerja pemasangan tinted cermin, cuci dahulu cermin asal kereta anda.

Pemasangan Tinted Cermin Hadapan

  1. Rear view mirror dibuka untuk mudahkan kerja pemasangan.
  2. Letak filem tinted dibahagian luar cermin kereta anda. Tujuannya untuk pastikan ukuran yang benar-benar tepat sebelum lekatkan filem tinted kat bahagian dalam kereta. Kerja-kerja pengukuran ini memang memerlukan penelitian yang tinggi. Pastikan bahagian lut sinar filem berada diluar.
  3. Potong filem cermin anda ikut saiz yang dah diukur tadi.
  4. Cabut bahagian lut sinar dan spray dengan air sabun. Pastikan plastik lut sinar lekat pada gulungan filem. Jadi semasa proses pemasangan filem, plastik lut sinar berada diluar. cara pasang tinted cermin kereta
  5. Gunakan hot air blower pada tinted kereta. Blower tadi adalah untuk membentuk filem tinted ikut lengkungan cermin kereta. Jadi nanti tinted tak bergulung di bahagian hujungnya. Jangan terlalu panas.

    Penggunaan hot air blower
  6. Kemudian cabut tinted kereta yang diletakkan tadi di bahagian luar kereta (tujuan pengukuran, saiz dengan bentuk lengkung lebih tepat).

Tips untuk cabut tinted kereta :

  • Spray kan sabun supaya senang untuk cabut filem gelap tadi.
  • Pastikan cabut tinted filem dalam keadaan bergulung untuk elakkan filem dari rosak.
Pasang tinted kereta DIY
Spray sabun pada cermin kereta

Tips guna hot blower/heat gun:

  • Jangan letakkan terlalu dekat dan panas kepada filem
  • Pastikan filem telah ‘kecut’. Untuk tahu betul-betul kecut, bila anda tolak/sapu filem tersebut akan rata ikut permukaan cermin.
Guna scrapper dan hot air blower semasa pemasangan filem cermin gelap

Selesai gulungkan tinted yang bersabun tadi, pasang dibahagian dalam kereta. Gunakan scrapper getah untuk lekatkan tinted di cermin. Jangan guna scrapper plastik, nanti tinted koyak. Bila dah siap, buat lagi scrapper dihujung cermin bagi sentuhan terakhir.

Cara Pasang Cermin Tinted Kereta Bahagian Sisi

  1. Untuk cermin tepi, turunkan tingkap kereta sedikit.

    Pemasangan bermula dari atas bahagian cermin
  2. Pasang filem dari atas dahulu. Gunakan sabun untuk lekatkan filem kepada cermin.
  3. Gunakan tinted satu lagi sebagai perlindungan. Pastikan tiada bendasing antara filem dan cover tinted.
  4. Scrap cover tinted dari arah luar cermin ke dalam. Pasang Tinted cermin kereta
  5. Naikkan tingkap sampai habis dan scrap pula tingkap bahagian bawah cermin dan buang cover tadi.

Cara Pasang Cermin Tinted Kereta Bahagian Belakang.

  1. Ulang langkah yang sama dengan cermin depan tadi. Hilangkan gelembung-gelembung udara yang tak sepatutunya ada. Bezanya bahagian belakang cermin kereta mempunyai sensor.
  2. Potong ikut garisan sensornya. Bersihkan cermin untuk kali terakhir sebelum letakkkan tinted.
  3. Letakkan tinted.
  4. Guna sabun untuk lekatkan filem tadi dengan scrapper getah.

Tips pemasangan tinted pada cermin:

  • Banyak kena lap dan spray sabun untuk minimumkan gelembung udara semasa dan selepas pemasangan.
  • Letak kain atas dashboard. Tujuan untuk mulakan kerja spray sabun.
  • Selepas spray sabun pada cermin, boleh gunakan scrapper plastik untuk bersihkan sabun tadi. Ini adalah proses bersihkan habuk dari cermin.
  • Guna hot blower/heat gun untuk bentukkan tinted melengkung ikut bentuk cermin (terutama cermin depan dan belakang).

Video Tutorial Pasang Cermin Tinted Kereta

Anda boleh juga menonton video tutorial pemasangan filem gelap cermin kereta dibawah.

 

Setelah selesai kerja pemasangan tinted cermin kereta, anda perlu mengambil langkah-langkah penjagaan pula. Ini bertujuan agar cermin tinted yang dipasang tadi dapat bertahan lama. Anda boleh mengetahui tips-tips penjagaan cermin tinted disini. Diharap dengan perkongsian artikel kami kali ini dapat membantu anda dalam membuat pemasangan tinted cermin kereta sendiri di rumah.

Anda ada pengalaman pasang tinted kereta sendiri? Boleh kongsikan dengan kami tips-tips dan jenis tinted filem yang anda gunakan.

 

Selamat mencuba!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*