Perbezaan RTK dan RT-PCR. Mana Lebih Tepat

rt-PCR swab test
ujian rt-PCR dengan kaedah nasopharyngeal dan oropharyngeal.

Perbezaan RTK dan PCR – Mana Lebih Tepat? Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction dikenali sebagai RT-PCR dan kit ujian Antigen Rapid Test Kit dikenali sebagai RTK mempunyai fungsi yang sama. Ia digunakan untuk mengesan virus Covid-19 dalam tubuh manusia.

Jenis Ujian Pengesan Virus Covid-19

Dengan kes Covid 19 yang masih tak surut, terdapat pelbagai kaedah yang telah ditingkatkan kualitinya. Ini membolehkan pengesanan virus Covid-19 lebih mudah dan cepat dikesan.

Kini terdapat pelbagai kaedah dalam mengesan jangkitan virus ini pada tubuh manusia. Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang sama, namun terdapat beberapa perbezaan antara kedua ujian ini. Jadi mari kita lihat jenis ujian pengesanan bagi virus Covid-19 yang ada dalam negara kita.

1. RTK (Rapid Test Kid)

Sebagaimana namanya, keputusan ujian Rapid Test Kit ini dapat diketahui selepas beberapa minit saja. Sepantas 15 hingga 30 minit saja. Melalui ujjian RTK ini, protein virus Covid dikenalpasti samada masih reaktif atau tidak. Maka ujian ini sesuai untuk mengesan jika individu terbabit mempunyai kontak rapat dengan pesakit Corona. Melalui ujian RTK ini juga, individu yang bergejala dapat dikenalpasti. Menurut Pengarah Kesihatan Malaysia juga, ujian ini diadakan seminggu selepas gejala timbul.

2. RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction)

Teknik ini sudah digunakan sejak tahun 1983 lagi. Kaedah RT-PCR merupakan ujian standard utama  bagi jangkitan Covid-19. Untuk pegesahan keputusan ujian, hanya RT-PCR digunakan. Melalui kaedah ini, DNA virus dapat dikesan. Ini menjadikan kaedah ini adalah lebih tepat bagi ujian pengesanan jangkitan Covid-19

Oleh kerana virus Covid-19 ini menyerang melalui saluran pernafasan, maka sampel ujian akan diambil pada laluan tersebut. Ujian swab PCR menggunakan teknik kesatan dibahagian tekak, Kaedah ini juga dikenali sebagai nasopharyngeal dan oropharyngeal.

rt-PCR swab test
Jenis Ujian RT-PCR dengan kaedah nasopharyngeal.

 

swab test PCR
Oropharyngeal swab bagi kaedah RT-PCR

Sampel ujian juga boleh diambil dari bahagian bawah salur pernafasan iaitu paru-paru dan bronkiol. Pada saluran ini biasanya perawat akan mengambil sampel kahak individu terbabit atau tisu paru-paru. Sampel yang diambil ini perlu disimpan pada suhu dibawah paras 4 darjah Celcius.

Jika individu didapati positif, ia bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus. Masa yang di ambil untuk mendapatkan keputusan melalui ujian ini adalah 2-5 jam.

Perbezaan RTK dan RT-PCR. Mana Lebih Tepat?

Walaupum kedua -dua ujian ini mempunyai fungsi yang sama. Namun terdapat perbezaan dari segi keberkesanannya. Dari segi ketepatan, ujian PCR lebih tepat iaitu 99% berbanding RTK 90% sahaja.

Bagi ujian RTK, walaupun tidak disarankan untuk digunakan bagi mengenalpasti jangkitan secara tepat, namun ujian RTK masih lagi diluluskan oleh pihak KKM bagi membuat saringan individu. Ini dinyatakan dalam kenyataan ringkas oleh Datuk Dr. Nor Hisyam dalam sidang media dibawah:

Jika dibandingkan dari segi kos juga. Bagi PCR, kos menjalani ujian ini lebih tinggi berbanding RTK. Ini kerana, bagi ujian PCR memerlukan kepakaran dan alatan lebih moden. Berbanding ujian RTK lebih mudah dan ringkas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon, kos makmal, sut perlindungan, caj perkhidmatan serta kos sampingan seperti logistik menjadikan ujian RT-PCR lebih mahal. Beliau turut mengulas, individu terbabit memadai menggunakan kit ujian RTK-Ag jika tidak terdedah dengan kontak rapat positif Covid-19. Ini kerana risiko dijangkiti adalah rendah.

Dibawah ini disediakan infografik bagi perbezaan antara ujian PCR dan RTK:

Perbezaan RTK-Ag dan RT-PCR

Perbezaan RTK-Ag dan RT-PCR

Itulah antara Perbezaan RTK dan PCR yang kami dapat kongsikan kepada anda. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Oleh itu setiap orang haruslah menjaga kesihatan diri. Tingkatkan imuniti badan dengan pengambilan makanan yang sihat, makanan tambahan (supplement) seperti vitamin C, Magnesium dan sebagainya.

Anda masih mempunyai persoalan berkaitan Covid-19? Sila lawati laman web Doctor on call untuk bersoal jawab secara percuma bersama barisan panel doktor bertauliah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*