Rak Buku DIY- Cara Buat Rak Buku Mudah dan Jimat

Rak Buku Tali DIY
Rak kayu gantung

Rak Buku DIY- Kini terdapat banyak design dengan bermacam macam gaya rak buku tersedia. Antaranya adalah:

  1. Rak Buku Pasang Dinding (wall mounted)
  2. Rak Buku Heksagon
  3. Rak Buku Industri
  4. Rak Buku Tali
  5. Rak Buku Pepenjuru (corner)
  6. Rak Buku Kayu Pallet dan sebagainya.

Rak buku kini mudah didapati dengan harga yang pelbagai. Namun anda juga boleh membuatnya sendiri mengikut kesesuaian tema rumah dan selera anda! Jom kita semak caranya.

Cara Bina Rak Buku DIY minimalis

Bagi pencinta buku, pastinya rak buku menjadi kewajipan dirumah. Selain berfungsi sebagai simpanan buku, rak ini juga menjadi nilai tambah dalam hiasan dalaman sesebuah kediaman.

Di sini kami kongsikan langkah asas dalam pembinaan rak buku berkonsepkan DIY.

Rak Tali RingkasĀ 

Untuk membuat sendiri rak buku tali ini sangatlah mudah dan ringkas sahaja sebenarnya. Walaupun cara membuatnya mdah dan ringkas, namun hasilnya tetap cantik dan menarik. Selain dapat berfungsi sebagai tempat meletak buku, ia turut memberi seri kepada ruang anda sebagai hiasan dalaman.

Rak Buku Tali DIY
Rak kayu tali

Projek membina rak buku tali ini boleh dijadikan projek hujung minggu anda dan keluarga. Mari kita lihat bagaimana untuk membuatnya!

Bahan-bahan Asas dan Cara DIY Rak Buku Tali:

  • Kayu ( saiz dan jenis kayu mengikut citarasa anda)
  • Tali
  • Gerudi
  • 2 skru cangkuk besar

Anda boleh memilih tali berukuran 8mm untuk rak anda. Bagi tali bersaiz tersebut, bolehlah menebuk lubang pada kayu sebanyak 4 lubang sebesar 10mm. Gerudikan 2 lubang pada setiap hujung kayu.

Tips: Lubang pada kayu ditebuk lebih besar sedikit dari saiz tali. Ini untuk memudahkan tali dimasukkan ke bahagian lubang kayu tersebut.

  1. Tebuk 2 lubang disetiap hujung papan.
  2. Catkan papan anda. Jika mahukan warna yang asli, boleh tinggalkan langkah ini.
  3. Tebuk lubang dinding yang anda mahukan. Lubang ini digunakan untuk letakkan skru cangkuk tadi. ( Tips: Guna skru cangkuk yang besar. Ini bertujuan untuk menampung beban rak anda).

    Diy rak buku
    Palam dinding
  4. Letakkan palam dinding sebelum anda memasang skru cangkuk anda.
  5. Tali dipotong kepada 4 bahagian sepanjang 1 meter.
  6. Masukkan tali dan ikat simpul tali tersebut.

    Simpulan tali rak buku bertali
  7. Pastikan tali tersebut cukup kuat dan utuh. Lakukan ujian regangan dan kekuatan keatas tali bagi memastikan ianya benar-benar kukuh dan selamat.
  8. Lakukan kemasa pada rak buku tali anda. Sudah siap!

Apa yang menarik tentang rak tali ini adalah anda boleh laraskan ketinggian rak mengikut keperluan dan kesukaan anda. Laraskan ketinggian dengan laraskan dua simpulan diatas.

Anda juga mungkin berminat dengan projek DIY Cara Bina Walk-in Wardrobe. Apa pendapat anda tentang rak buku ini?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*