Rak Penyangkut Baju PVC. Jom DIY! Mudah dan Murah

Rak penyangkut baju PVC

Rak Penyangkut Baju PVC ini sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah sewa. Juga sesuai untuk mereka yang berminat dengan hasil tangan mereka sendiri. Antara sebab mengapa konsep DIY ini popular adalah kerana:

  1. Mudah dialih atau dipindahkan.
  2. Menjimatkan kos dan ruang yang ada.
  3. Boleh bina (custome) mengikut citarasa anda sendiri.

Konsep DIY tidak lagi menjadi masalah bagi banyak pihak. Ia juga sesuai untuk lelaki dan wanita. Dek kerana semua cara dan kemahiran pertukangan dapat dipelajari dari sumber media sahaja.

Alatan Rak Penyangkut Baju PVC

Alatan penyangkut baju PVC ini mudah didapati dan murah saja. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai lebih bajet, anda boleh membina Walk-in Wardrobe anda sendiri kerana lebih kemas dan kelihatan teratur.

Disini kami kongsikan cara membuatnya, bahan dan peralatan rak pakaian PVC:

  • Paip PVC (12 inci) – 4 batang
  • Paip PVC (9 inci) – 2 batang
  • Paip PVC (6 inci) – 4 batang
  • Paip PVC (24 inci) – 4 batang
  • Paip PVC (27 inci) – 4 batang
  • Paip PVC (30 inci) – 5 batang
  • Soket T – 18 unit
  • Elbow – 4 unit
  • Stopper – 4 unit
  • Paip panjang (2 inci)- 6 unit

Jumlah kos anggaran adalah antara RM 30-RM 35 sahaja.

Cara-cara DIY Rak Penyangkut Baju PVC

1. Langkah pertama, sambungkan paip 27 inci kepada soket T dikedua-dua hujung paip. Jadikan ia sebanyak 2 unit.DIY rak penyangkut baju PVC

2. Ambil paip 2 inci dan sambungkan kepada soket T tadi.

3. Ambil paip 12 inci dan sambungkan pada soket T pada langkah 2. Ini untuk dijadikan tapak.

Rak penyangkut baju PVC

4. Ambil paip 27 inci (4 batang). Sambungkan menjadi tiang.

5. Ambil paip 27 inci. Sambungkan seperti gambar dibawah.

Rak penyangkut baju PVC

6. Sambungkan paip kebahagian atas. Bahagian ini digunakan untuk menyangkut baju yang lebih labuh.

Rak penyangkut baju PVC

7. Sambungkan bahagian atas seperti gambar rajah.

Rak penyangkut baju PVC

8. Letakkan batang penyapu dibahagian dalam batang paip. Ini bertujuan agar penyangkut lebih kukuh. Letakkan stopper dibahagian bawah paip. Bertujuan untuk kemasan dan kestabilan.

Rak penyangkut baju PVC

9. Rak penyangkut baju PVC anda telah siap digunakan. Anda boleh mengecatnya dengan warna kesukaan juga.

Jika anda berminat untuk menonton video cara membuatnya, kami juga telah berkongsi video dibawah untuk anda. Selamat mencuba!

Penutup

Semoga perkongsian ini memberi ilham dan manfaat kepada kita semua. Kelebihan membuat sendiri secara DIY ini bukan sahaja menjimatkan kos untuk kita, ianya menjana kreativiti kita untuk membuat sesuatu perkara. Anda juga boleh cuba buat Cara DIY Walk in Wardrobe- Jom Bina Sendiri, Lebih Jimat untuk bilik tidur dirumah. Semoga bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*