Tayar Terpakai Jadi Pasu dan Tempat Letak Pokok

Contoh Pasu dari tayar terpakai
Tayar lama bercat yang diguna untuk menanam bunga

Tayar Terpakai Jadi Pasu dan Tempat Letak Pokok? Kedengaran menarik bukan. Anda mempunyai banyak tayar terpakai dirumah. Namun tidak tahu nak buat apa dengan tayar tersebut. Oleh itu kami sarankan supaya anda tukarkannya menjadi sesuatu yang menarik dan berguna. Disini kami kongsikan juga antara manfaat tayar terpakai :

  1. Ianya murah dan boleh didapati secara percuma samada dari jiran dan rakan-rakan.
  2. Boleh dijadikan bahan bakar yang lebih baik untuk membakar sampah/bahan terbuang.
  3. Tayar terpakai boleh dikitar semula untuk dijadikan sesuatu yang sangat berguna dan menarik.
pasu dari tayar terpakai
Pasu hiasan dari tayar terpakai

Tayar terpakai ini sangat menjimatkan dan berguna jika anda tahu cara mengolahnya. Bukan itu saja, dengan cara mengitar semula bahan terbuang itu dapat membantu dalam menjaga alam sekitar. Ini kerana jika anda melupuskan tayar itu dengan membakarnya akan menyebabkan asap yang tebal, berbau busuk dan bertoksik. Ekoran dari itu boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ini termasuklah kesihatan dalam kalangan komuniti sekitar anda.

Tayar terpakai hiasan

Jadi langkah dalam menguruskan tayar terpakai harus dilakukan dengan betul. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan mengitar semula tayar tersebut. Ini sekaligus dapat mengurangkan sisa bahan terbuang, Selain itu alam sekitar lebih terjaga dari terus tercemar. Tayar terpakai boleh dijadikan hiasan dirumah anda dengan hanya sedikit sentuhan kreatif dan kemahiran bertukang.

Bahan/alat yang diperlukan untuk tayar terpakai jadi pasu dan tempat letak pokok:

Bahan dan alat yang diperlukan sangatlah mudah dan tidak rumit juga. Bahan dan alat ini kebiasaanya telah ada dirumah anda. Antara bahan dan alat yang digunakan adalah:

  • Tayar kereta terpakai
  • Pisau/grinder yang tajam

Untuk tayar terpakai, anda boleh dapatkan di kedai -kedai tayar terpakai secara percuma saja. Manakala untuk alatan pisau, boleh menggunakan pisau biasa yang tajam. Guna saja pisau yang khusus untuk kerja-kerja luar anda. Tiada pisau khusus untuk memotong tayar diperlukan. Proses pemotongan tayar boleh menjadi sulit jika tidak kena pada teknik potongan.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum memulakan projek ini. Antaranya anda harus tahu ada bahagian dari tayar yang tidak boleh dipotong. Perkara ini disebabkan bahagian tayar tersebut diselaputi besi.

Pisau potong tayar
Pisau yang digunakan untuk memotong tayar

Tayar terpakai itu haruslah dipotong terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan dari air bertakung. Selain dari itu, ia juga boleh menjadi tempat pembiakan haiwan perosak. Jadi bahagian yang harus dipotong adalah bahagian yang paling dalam sekali. Dimana pada bahagian inilah boleh menyebabkan air bertakung. Anda boleh rujuk gambar dibawah.

bahagian dalam tayar
Bahagian diameter dalam tayar yang perlu dipotong

Langkah- langkah memotong tayar untuk diletakkan pokok/pasu:

  1. Pertama sekali, potong bahagian diameter dalam tayar mengikut bentuk yang diinginkan.
  2. Perlu diingatkan untuk berhati-hati semasa mengendalikan pisau tajam semasa kerja-kerja pemotongan tayar. Atau anda juga boleh merujuk pada mana-mana video sebagai rujukan untuk cara memotong tayar menggunakan pisau.
  3. Kemudian terbalikkan tayar anda. Ini dilakukan setelah selesai kerja-kerja pemotongan mengikut bentuk yang diinginkan.
  4. Akhir sekali anda bolehlah menghias tayar anda mengikut kreativiti masing-masing. Antaranya seperti mengecatnya dengan warna-warna yang menarik.
cara potong tayar dijadikan pasu
Cara potong tayar guna pisau untuk dijadikan pasu/tempat pokok
Contoh Pasu dari tayar terpakai
Tayar lama bercat yang diguna untuk menanam bunga

Apa pandangan anda tentang artikel tayar terpakai jadi pasu dan tempat letak pokok ini? Di harap panduan dan tips-tips yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada para pembaca. Silalah berkongsi artikel ini jika dirasakan bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*