Tips Penjagaan Tinted Kereta Agar Tahan Lebih Lama

blue toned image with shallow depth of field

Tips Penjagaan Tinted Kereta adalah benda yang perlu anda tahu untuk penambahan aksesori kereta. Berbagai kaedah yang boleh anda amalkan dalam penjagaan cermin gel kereta.

Ini secara tak langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan dari bocor. Kos yang tinggi diperlukan kerana penukaran lapisan tinted yang kerap atau cermin pecah/retak.

Berikut merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penjagaan cermin kereta gelap anda:

  1. Sebelum pemasangan cermin kereta gelap
  2. Semasa pemasangan tinted cermin kereta
  3. Selepas pemasangan tinted cermin kereta

Tips Penjagaan Tinted Kereta 

Penjagaan cermin kereta yang betul boleh memanjangkan hayat cermin kereta anda. Ia bukannya leceh atau sukar. Anda hanya perlu tahu bagaimana cara yang betul untuk penjagaan cermin kereta anda. Tambahan lagi jika kereta anda sudah dipasang dengan filem gelap (tinted). penjagaan tinted kereta

1. Sebelum Pemasangan Tinted

Anda boleh membuat carian/tinjauan jenis-jenis filem cermin gelap yang memenuhi keperluan dan bajet anda. Sekarang banyak kedai-kedai dan laman web yang menjualnya dengan lingkungan harga dan kualiti yang berbeza. Jadi buatlah perbandingan harga dan kualiti dengan baik.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang tinted kereta :

  1. Jenis filem cermin gelap bagi kereta. Boleh buat survey harga dan jenis kualiti di laman web berikut : Tinted film car
  2. Kedai/ servis memasang tinted ( kos, servis selepas belian, waranti) yang ditawarkan. Atau anda memilih untuk membuat pemasangan secara DIY dirumah.
  3. Bajet dan keperluan anda

Anda juga boleh membaca tips-tips yang kami sediakan pada artikel Pasang Cermin Kereta Tinted- DIY Saja Mudah dan Jimat. Pada artikel itu ada diceritakan tentang jenis-jenis filem tinted cermin kereta yang sesuai dengan kegunaan anda.

2. Semasa Pemasangan Tinted

Setelah selesai membuat pilihan/pemasangan tinted kereta, kebiasaanya pihak kedai yang membuat servis tersebut akan meletakkan label/tagging pada punat tingkap. Ini bertujuan untuk membiarkan tinted kereta yang baru dipasang benar-benar melekat dengan cermin kereta. 3 hal yang patut dihindari selama 7 hari dari hari pemasangan tinted antaranya:

  • Jangan buka cermin tingkap kereta. Ini untuk mengelakkan lapisan tinted yang baru dipasang dari menggulung, koyak atau tercabut.
  • Elakkan pasang haba pemanas kereta. Ini untuk mengelakkan dari gelembung udara di kawasan cermin gelap tadi terhasil.
  • Jangan melekatkan sebarang objek pada lapisan cermin tinted anda. Contoh seperti pemegang telefon, dash cam, aksesori tambahan dan sebagainya. Ini dapat mengelakkan penghasilan gelembung udara kerana tinted yang belum kering sepenuhnya.

Tips pasang tunted kereta

3. Selepas Pemasangan Tinted

Berikut merupakan perkara yang boleh anda lakukan untuk memanjangkan jangka hayat filem tinted kereta anda :

  • Letakkan kereta ditempat teduh. Elakkan dari tempat yang terkena cahaya matahari/haba secara terus dalam jangka masa yang lama. Ini dapat membantu filem gelap kereta anda dar cepat luntur warnanya. Selain dari membantu cermin dari cepat retak.
  • Elakkan penggunaan pencuci cermin kereta yang menghakis dan berbahaya. Menggunakan produk penjagaan khusus bagi cermin kereta sebenarnya bagus. Namun begitu anda harus telitikan dari jenis pencuci cermin itu, sesuai atau tidak dengan cermin gelap kereta anda.
  • Dapatkan waranti yang ada jika berlaku sebarang masalah pada cermin gelap yang dipasang. Jadi sentiasa ambil maklum bilakah tarikh akhir waranti cermin gelap kereta anda tamat. Selain dari tarikh tamat waranti, anda juga harus tahu apakah waranti yang dilindungi. Kebiasaannya dari segi wujudnya gelembung udara, tinted double layer atau habuk.

Kesimpulannya, penjagaan filem kereta ialah satu perkara yang mudah. Setiap individu mempunyai kecenderungan, bajet dan keperluan yang berbeza. Dengan ini akan membezakan jangka hayat sesuatu filem cermin gelap kereta anda. Kami berharap panduan yang dikongsi pada kali ini dapat membantu pembaca dalam Penjagaan Tinted Kereta Agar Tahan Lebih Lama.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*