Tips Tegangkan Kulit. Kekal Awet Muda

tips kekal awet muda
Kolagen membantu dalam penganjalan kulit wajah

Mereka yang telah menjejak umur 30an pasti mencari-cari tips tegangkan kulit untuk kekal awet muda bukan. Apabila bertambah usia, kedutan kulit mula ketara. Jadi apakah sebenarnya rahsia mudah untuk kekal awet muda ini? Jom kita semak.

Dibahagian kulit kita terdiri dari banyak kolagen. Di sinilah peranan penting kolagen. Namun apakah itu kolagen? Jom kita kenali dulu komponen penting ini dalam kulit kita.

Apa Itu Kolagen?

tips kekal awet muda
Kolagen membantu dalam penganjalan kulit wajah

Kolagen adalah sejenis protein yang membentuk struktur asas kulit, tendon, membran dan tisu penghubung dalam badan. Ia berperanan penting dalam menjadikan kulit tampak lebih anjal dan awet muda. 1/3 dari tubuh manusia terdiri dari kolagen.

Kolagen memberikan struktur kepada bahagian kulit. Ia berfungsi untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi kendur dan berkedut.

Sewaktu muda remaja, kolagen didapati banyak di bawah lapisan kulit. Seiring peningkatan usia, kolagen menjadi rosak disebabkan stres. Penghasilan kolagen turut berkurangan. Jadi penghasilan kolagen yang berlaku tidak dapat ditampung oleh kulit. Ini menyebabkan kulit semakin kelihatan kendur dan berkedut.

Penyebab kolagen rosak

Apa antara stres yang paling banyak rosakkan kolagen? Jawapannya adalah gula. Gula menghasilkan suatu stres radikal bagi tubuh kita. Kerana itu kebanyakan mereka yang kelihatan cepat berkedut, biasanya gemar makanan manis. Ini akan merosakkan rantaian kolagen.

Selain dari itu juga hormon kartisol memainkan peranan dalam kewujudan stres. Dan stres memberi kesan pada pembentukan kolagen. Antara penyebab homon kartisol tinggi adalah kerana kurang tidur. Seterusnya menyebabkan lambakan hormon stres iaitu kortisol esok hari.

Tips Tegangkan Kulit Untuk Kekal Awet Muda

1. Makan Vitamin C

Anda boleh mencuba amalkan tips yang kami kongsikan ini. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah merangsang penghasilan kolagen. Vitamin C sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan kolagen. Vitamin C juga malahan membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen.

Namun perlu diingatkan supaya mengurangkan pengambilan gula kerana gula boleh mengurangkan penyerapan vitamin C dalam badan. Jadi manfaatkan kebaikan vitamin C dengan cara pengambilan yang betul. Anda boleh rujuk posting tentang Cara Pengambilan Vitamin C .

Makanan yang baik untuk sihat dan kekal muda

2. Kaedah Suntikan/ Laser

Melalui teknologi yang ada sekarang, anda juga boleh memilih kaedah suntikan ini. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Archives of Dermatology, suntikan ini mengandungi asid hialuronik. Bahan ini boleh merangsang pengeluaran kolagen. Seterusnya mengembalikan struktur kulit yang rosak.

Selain dari itu, rawatan suntikan diwajah seperti Dermapen juga popular. Ia kerana rawatannya dilihat lebih berkesan dalam masa singkat dengan kos yang mampu milik. Ia merangsang pertumbuhan sel kolagen yang baharu dengan memecahkan rantaian kolagen lama.

cara kulit tegang awet muda
Suntikan Dermapen di bahagian muka

Antara kaedah melalui suntikan juga adalah suntikan Botox (toksin Botulinum) . Rata-rata dari kita sering mendengar perkataan ini bukan? Suntikan botox biasa dilakukan di bahagian muka seperti dahi, dagu, bahagian mata, dan pipi. Melalui kaedah ini sememangnya terbukti untuk mengembalikan keanjalan kulit anda dengan cepat. Namun seharusnya anda tahu terlebih dahulu risiko yang ada selain manfaatnya.

Jika anda jenis takut dengan jarum boleh juga menggunakan kaedah rawatan menggunakan laser. Ianya tidak menyakitkan dan penyembuhan lebih cepat.

3. Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Gaya hidup yang sihat sememangnya boleh meningkatkan kualiti hidup anda. Dan perkara ini harus dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim. Selain dari mendapat kesihatan yang baik malahan mampu kekal awet muda. Antara gaya hidup yang sihat seperti:

  • Jangan merokok
  • Makan makanan tinggi antioksida
  • Perbanyakkan protein
  • Hindari stres
  • Cuci muka sebelum tidur
  • Pakai pelindung matahari
  • Minum air masak secukupnya
  • Tidur yang cukup dan berkualiti
  • Sentiasa bersenam

4. Selalu Buat Urutan Wajah

tips kekal muda

Urutan wajah yang betul pasti membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik. Melalui urutan mampu untuk mengingkirkan toksik dari tubuh, Selain itu juga membantu dalam pengaliran darah yang lancar. Teknik urutan wajah haruslah mengarah kepada titik nodus limfa. Nodus limfa merupakan laluan bagi aliran sel darah putih, oksigen dan nutrien diangkut ke seluruh badan.

Kenali titik nodus limfa pada wajah anda. Ia dikatakan berada dekat dengan bahagian telinga di tepi leher. Jadi urut lembut bahagian tersebut. Ini bertujuan untuk melancarkan pengaliran darah bagi membuang toksin yang tak diperlukan badan. Cara urutannya adalah dengan:

  • Gunakan hujung jari dan urutnya dalam bentuk bulatan.
  • Lakukannya selama 1 minit.
  • Urut dengan lembut ke bawah dibahagian leher dan rahang.
  • Beralih pada titik yang lain dengan urutan yang lembut sehingga selesai.
tips kekal awet muda
Urutan wajah

Disini kami sertakan link video urutan wajah sebagai rujukan anda. Anda boleh melakukannya dirumah kerana ianya amat mudah. Jadikan urutan wajah sebagai rutin dalam menjaga kecantikan kulit anda. Urutan ini juga membantu kulit jadi lebih bersinar dan bentuk muka yang cantik.

Anda mempunyai tips atau kaedah yang sering digunakan dalam penjagaan kulit? Boleh kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*